KUALA LUMPUR 21 Jun - CGS-CIMB Research menjangkakan kerjasama Berjaya Food Berhad dan Paris Baguette Singapore akan berdepan risiko kenaikan kos operasi serta harga bahan mentah.
Firma itu juga berkata, selain itu mereka juga akan berdepan perbelanjaan pengguna yang lebih lemah daripada jangkaan akibat tekanan inflasi.
Bagaimanapun, kerjasama itu dilihat sangat positif kepada Berjaya Food kerana bakal memberikan aliran tunai baharu tetapi pada masa sama menjangkakan sumbangan yang minimum daripada usaha sama itu.
"Paris Baguette merupakan jenama bakeri permium yang tertumpu kepada pasaran kelas atasa dengan kedianya kebiasaanya berada di kawasan utama pusat komersial selain kediaman mewah serta pusat beli belah.
"Produk yang ditawarkan jenama itu kebiasaanny adalah lebih mahal antara 10% hingga 20% berbanding produk tempatan kerana penggunaan bahan-bahan premium selain 20% daripada menu yang ditawarkan disesuaikan dengan selera tempatan," katanya dalam satu nota kajian hari ini.
Terdahulu, kedua-dua kumpulan itu menjalinkan kerjasama membuka kedai bakeri dari Korea Selatan itu di seluruh negara dengan masing-masing akan memiliki 50% kepentingan.
Menerusi kerjasama itu juga, Berjaya Food merancang untuk membuka 50 kedai dalam tempoh 10 tahun dengan kedai pertama akan dibuka di Lembah Klang dan sebagai permulaan kedua-dua pihak akan melabur RM15 juta bagi projek itu.
Pada masa sama, Berjaya Food memberi jaminan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk menaikkan harga produk makanan dan minumannya di semua rangkaian jenama yang diuruskannya buat masa ini.
Kumpulan itu dipercayai masih mampu menyerap tekanan kenaikan harga dan berusaha mengurangkan kos di peringkat dalaman.
Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' untuk Berjaya Food dengan harga sasaran tidak berubah RM5.50.
Katanya, mereka menyukai Berjaya Food kerana memiliki jenama yang kukuh seperi Starbucks selain pertumbuhan pendapatan yang kukuh serta pemulihan operasi yang mampan untuk jenama Kenny Rogers Roasters. - DagangNews.com