BigPay tawarkan perjalanan mudah, buka peluang kewangan baharu di Thailand | DagangNews Skip to main content

BigPay tawarkan perjalanan mudah, buka peluang kewangan baharu di Thailand

Dari kiri: Pengurus Negara Visa Thailand, Punnamas Vichitkulwongsa; Ketua Pegawai Eksekutif BigPay, Zubin Rada Krishnan; Ketua Negara BigPay Thailand, Apirudee Prachyaset; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Nadia Omer; dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Pengerusi Eksekutif MOVE Digital, Tony Fernandes di pelancaran BigPay di Bangkok.
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 19 Julai - Syarikat fintech Asia Tenggara, BigPay mengumumkan pelancarannya di Thailand serta menawarkan penyelesaian kewangan inovatif untuk pelancong dan penduduk tempatan.

 

Antara ciri  BigPay termasuk simpanan untuk melancong, pembayaran mudah, dan pertukaran mata wang asing secara langsung dengan kadar kompetitif.

 

Pengguna BigPay boleh menikmati pelbagai faedah seperti pembayaran di lebih 130 juta lokasi perniagaan seluruh dunia, pengeluaran wang tunai di ATM luar negara, dan ciri-ciri penjimatan seperti 'Stash' dan 'Roundup'.

 

Selain daripada menyediakan analisis perbelanjaan, ia juga menawarkan kad Visa Virtual dan kad Prabayar Visa Platinum Fizikal. 

 

Menurut kenyataan media, BigPay berkata, pengguna baharu di Thailand boleh menikmati diskaun dan rebat sehingga 555 baht untuk tempahan penerbangan AirAsia dan mata ganjaran AirAsia sehingga empat kali ganda. 

 

“Mereka juga boleh menikmati diskaun istimewa untuk Asean Explorer Pass oleh AirAsia MOVE yang membolehkan penerbangan AirAsia tanpa had di seluruh ASEAN selama setahun,” kata syarikat itu. 

 

Majlis itu dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Pengerusi Eksekutif MOVE Digital, Tan Sri Tony Fernandes. 

 

Menyaksikan pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BigPay, Zubin Rada Krishnan, Ketua Negara BigPay Thailand, Apirudee Prachyaset, dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Nadia Omer.

 

Semasa pelancaran, Tony Fernandes menyatakan kehadiran BigPay akan menawarkan pilihan pembayaran dan perkhidmatan kewangan memudahkan perjalanan, sekali gus memacu kemasukan wang dan pertumbuhan ekonomi di Thailand. 

 

Semasa ucapan Apirudee Prachyaset, beliau mengulas penawaran BigPay bakal  mengintegrasikan  perjalanan dengan lancar melalui ekosistem AirAsia MOVE. 

 

Selain itu, Kad Prabayar Visa Platinum BigPay akan memanfaatkan pelanggan termasuk diskaun istimewa, mata ganjaran AirAsia, dan akses kepada pengalaman beli-belahmenarik di seluruh dunia.

 

“BigPay direka bentuk untuk membantu pengguna Thailand mengurus kewangan dengan lebih baik dan mencapai matlamat kewangan mereka."

 

Sementara itu, Punnamas Vichitkulwongsa menekankan kerjasama Bigpay dan Visa dalam meningkatkan pengalaman pembayaran pengguna digital di Thailand. 

 

“Pelancaran ini tepat pada masanya kerana ramai pelancong Thailand berminat untuk melancong ke luar negara, 

 

“Kajian kami menunjukkan lapan daripada sepuluh pengguna berhasrat untuk  menggunkan pembayaran tanpa tunai, dengan generasi Gen-Z sebagai peneraju trend ini,

 

“Kami percaya ciri-ciri BigPay yang pantas, mudah, dan selamat, serta pelbagai ganjaran menarik akan menjadi pilihan utama pengguna kad Visa," ujar beliau. - DagangNews.com