Binastra peroleh kontrak RM160 juta daripada Dynamicz bagi pembinaan kompleks pejabat di Damansara Perdana | DagangNews Skip to main content

Binastra peroleh kontrak RM160 juta daripada Dynamicz bagi pembinaan kompleks pejabat di Damansara Perdana

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Binastra Corp Bhd menerusi Binastra Builders Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM160 juta daripada Dynamicz Sdn Bhd bagi meroboh dan membina kompleks pejabat di Damansara Perdana.

 

Menerusi kontrak itu, kumpulan itu melibatkan kerja-kerja meroboh dan pembinaan bangunan pejabat setinggi empat tingkat (560 unit), satu tingkat kemudahan, kawasan perkhidmatan berserta lif di Jalan Damansara.

 

"Kontrak ini dijangka bermula pada 2 Ogos 2024 dan disasarkan siap pada 30 Julai 2026," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengarah Urusan Binastra, Datuk Jackson Tan Kak Seng berkata, pihaknya berbesar hati kerana dianugerahkan projek itu sekali gus mencerminkan komitmen berterusan mereka dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti.  

 

"Penambahan kontrak baharu ini, meningkatkan pesanan tertunggak kumpulan kepada kira-kira RM2.2 bilion, memastikan perancangan projek yang kukuh dan aliran ahsil yang stabil pada tahun-tahun akan datang," katanya.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 hingga 2027.- DagangNews.com