BNM, BOJ perbaharui perjanjian pertukaran dua hala | DagangNews Skip to main content

BNM, BOJ perbaharui perjanjian pertukaran dua hala

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Sept - Jepun dan Malaysia memperbaharui Perjanjian Pertukaran Dua Hala1 atau Bilateral Swap Arrangement (BSA) berkuat kuasa 18 September 2023.

 

"Bank Jepun (BOJ), bertindak sebagai ejen untuk Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperbaharui BSA sehingga AS$3 bilion (RM14 bilion)," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

 

Perjanjian Pindaan dan Penyata Semula yang ditandatangani itu mengikuti BSA yang ditandatangani pada 2020.

 

Kenayataan itu berkata, BSA yang diperbaharui menggabungkan pindaan baru-baru ini kepada Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM).

 

"Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA akan meningkatkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara dan meningkatkan kestabilan kewangan serantau," katanya. - DagangNews.com