Bursa Malaysia kekal sendu pada minggu dagangan pertama Tahun Baru Cina | DagangNews Skip to main content

Bursa Malaysia kekal sendu pada minggu dagangan pertama Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR 12 Feb - Bursa Malaysia dijangka kekal `sendu' minggu ini berikutan cuti Tahun Baharu Cina, kata penganalisis saham.

 

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur perlu menavigasi beberapa titik data penting, dengan yang utama ialah indeks harga pengguna AS yang akan dikeluarkan pada 13 Februari.

 

“Selain daripada kejutan inflasi yang lebih panas, Bursa Malaysia harus kekal disokong oleh unjuran pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada akhir tahun ini, serta sokongan pasaran dan ekonomi berterusan oleh pembuat dasar China,” katanya kepada Bernama.

 

Innes menyatakan bahawa Bank of Thailand membayangkan kemungkinan pemotongan kadar minggu ini, menimbulkan persoalan tentang sejauh mana Bank Negara mungkin memberi isyarat berat sebelah penurunan kadar.

 

“Ini boleh dikatakan positif untuk pasaran tempatan.

 

“Melainkan terdapat sebarang kejutan dalam data inflasi AS dan memandangkan ketiadaan pengaruh China akibat Tahun Baharu Cina, saya menjangkakan Bursa Malaysia akan berada dalam julat tertentu dengan kecenderungan kenaikan harga yang sedikit minggu ini,” katanya.


 

hikayat

 


Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng juga menjangkakan pasaran senyap berikutan cuti panjang dan sesi dagangan yang kurang.

 

“Bagaimanapun, kami percaya lonjakan harga minyak mentah menyediakan peluang dagangan untuk stok tenaga,” katanya.

 

Rakuten Trade mengunjurkan FBM KLCI berlegar dalam julat 1,509-1,527 minggu ini, dengan rintangan serta-merta pada 1,527 dan sokongan pada 1,500 diikuti 1,477 mata.

 

Pada asas Jumaat ke Jumaat, indeks utama susut 4.30 mata kepada 1,512.28 daripada 1,516.18 sebelumnya.

 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 3.71 mata kepada 11,245.02, Indeks FBMT 100 susut 11.51 mata kepada 10,904.51, Indeks FBM 70 naik 64.13 mata kepada 15,210.33, FBM 100.33 mata kepada 18,12 dan Indeks FBM Syariah 35 meningkat kepada 817 Emas Syariah. Indeks naik 133.0 mata kepada 4,822.21. - DagangNews.com