Canon terima pengiktirafan pengguna menerusi Anugerah Emas Putra Brand Awards 2021 | DagangNews Skip to main content

Canon terima pengiktirafan pengguna menerusi Anugerah Emas Putra Brand Awards 2021

KUALA LUMPUR 28 Jan - Canon Marketing Malaysia (Canon) berjaya meraih Anugerah Emas Putra Brand Awards 2021 bagi kategori Kamera, IT dan Kelengkapan Pejabat dan Perniagaan. 

 

Anugerah itu mencerminkan satu pencapaian baharu buat Canon sebagai peneraju dalam industri fotografi dan penyelesaian imej digital.

 

Dilancarkan pada 2010 oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As)selaras debgab Jenama Paling Berharga Malaysia (MMVB), Putra Brand Award merupakan satu-satunya anugerah yang mengambil kira undian daripada pengguna.

 

Calon-calon untuk anugerah bagi edisi 2021 itu disertai oleh pelbagai jenama terkemuka dan pemenang dipilih menerusi undian lebih daripada 11,000 pengguna daripada pelbagai kategori.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Shunji Yoshikai berkata, berterima kasih kepada kakitangan Canon yang telah memberikan sumbangan besar sepanjang menghadapi cabaran pandemik.

 

Beliau berkata, berpandukan kepada falsafah Kyosei, Canon dijangka terus cemerlang dalam usaha untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.

 

canon

 

"Kami berbesar hati dengan penghargaan yang diberikan oleh pengguna di Malaysia dan kami akan meneruskan komitmen kami dalam menawarkan penyelesaian inovatif dengan pengalaman terbaik kepada pengguna menerusi produk berkualiti seperti kamera, pencetak dan pelbagai lagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - DagangNews.com