Capital A peroleh pelaburan bernilai RM446 juta kembangkan perniagaan MRO | DagangNews Skip to main content

Capital A peroleh pelaburan bernilai RM446 juta kembangkan perniagaan MRO

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 April - Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat kejuruteraan dan penyelenggaraan Capital A Bhd, telah memperoleh pelaburan sebanyak AS$100 juta (RM446 juta) untuk mengembangkan perniagaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

 

Capital A dalam kenyataan hari ini berkata, dana tersebut diperoleh daripada firma pelaburan, OCP Asia Ltd.

 

Katanya, pelaburan itu akan digunakan untuk pembinaan dan pengoperasian kemudahan hangar penyenggaraan pesawat di Sepang.

 

"Pelaburan itu juga akan diperuntukkan untuk pengembangan perniagaan ADE selanjutnya dalam pasaran menegak dan geografi lain, menunjukkan komitmen syarikat untuk mencapai pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pelaburan ini membuktikan strategi Capital A untuk mempelbagaikan lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.

 

"Kami kini telah menubuhkan kumpulan syarikat penerbangan, perkhidmatan penerbangan, syarikat digital dan logistik yang hebat dengan peningkatan yang luar biasa.

 

 

capital a
                                                                             Tan Sri Tony Fernandes

 

 

"Kini COVID-19 telah berakhir, pelabur dan pasaran awam menyedari potensi besar Capital A," katanya. - DagangNews.com