CapitaLand rancang tingkatkan kadar penghunian pada masa hadapan - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

CapitaLand rancang tingkatkan kadar penghunian pada masa hadapan - Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Julai - Kenanga Research menjangkakan CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) akan mengekalkan momentum positif selain merancang menaikkan kadar penghunian pada masa akan datang.

 

Firma itu berkata, peningkatan pembeli sebanyak 52% selaras dengan proses pemulihan dan kadar penyewaan untuk sekaki persegi sudah menghampiri kadar pra pandemik.

 

Katanya, dari segi portfolio pajakan tamat tempoh pendapatan sewa kasar adalah sebanyak 26.4% dan 34.9% masing-masing akan tamat tahun ini dan tahun depan.

 

"Untuk jangka panjang, kumpulan itu akan meneruskan kepelbagaian strategi untuk mencapai sasaran 20% aset di bawah pengurusan dalam aset bukan runcit menjelang 2025 (bermula dengan pemerolehan sulung gudang logistik pada bulan Jun (NLA 335,000 kaki persegi) di Sungai Jawi dengan harga RM80 juta)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, berdasarkan kepada keputusan interim, mereka meneyemak turun unjuran keuntungan bersih kepada RM83.9 juta (-14%) untuk FY22 dan RM82.5 juta (-18%) untuk FY23 selepas kadar sewa purata yang lebih rendah dan margin operasi yang lebih lemah.

 

Katanya, selaras dengan keputusan itu, ramalan agihan setiao unit (DPU) kasar FY22-FY23 kami diturunkan kepada 3.9 sen (berbanding 4.7 sen) dan 3.8 sen (berbanding 4.8 sen) dengan mengambil kira hasil sebanyak 6.9%-6.7%.

 

Sementara itu, firma itu mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran (TP) yang lebih rendah iaitu 51 sen berbanding 56 sen sebelum ini.

 

"Selepas mengambil kira profil asetnya yang bukan utama dan tekanan menurun yang berterusan terhadap sektor runcit, strategi kumpulan itu memerlukan masa untuk dipelbagaikan kepada aset bukan runcit untuk menghasilkan kesan positif," katanya. - DagangNews.com