“Stoicism”. Apakah itu? Ia adalah cara pemikiran yang mendominasi di dunia pada masa kini. Apakah maksudnya?
Sejarahnya. “Stoicism” adalah corak pemikiran berkebajikan. Fokusnya untuk mencapai cukup hidup iaitu “eudaemonia” yakni keseimbangan kebajikan dan kegembiraan.
Diasaskan oleh Zeno of Citium sebelum 300 Masihi. Ia dipengaruhi oleh pemikiran etika Aristotelian di tamadun Yunani. Pendek kata. Kebahagiaan dan keseimbangan.
Persoalannya kedua adalah ekonomi. Diasaskan oleh Adam Smith pada tahun 1776 menerusi bukunya “The Wealth of Nation”. Ia menjuruskan kepada kebebasan ekonomi di mana kekayaan negara tercetus daripada kekayaan rakyat.
Falsafah materialis juga bermula. Maksudnya dengan negara semakin kaya, maka rakyatnya pun kaya. Kaya membolehkan individu membeli barang dan juga perkhidmatan. Individu dan rakyat akan bahagia jika boleh membeli barang. Betulkah?
Untuk membincangkan isu terbabit. Kita perlu melihat contoh negara yang mendoktrinkan corak pemikiran ini dalam falsafah negaranya.
Pertama ialah Jepun. Jika dilihat. Jepun mempunyai kekuatan ekonomi yang sangat gah. KDNK nominal menjangkau AS$4.4 trilion yakni ketiga tertinggi di dunia. Indeks HDI juga menjangkau 0.925 iaitu ke-19 di dunia. Serta KDNK per kapita setinggi AS$39,950 setahun seorang.
Tetapi dengarkah kita masalah bunuh diri meningkat di Jepun. Data dari Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun menunjukkan peningkatan 297% bunuh diri dalam kalangan masyarakat Jepun. Di mana 21,881 orang telah bunuh diri.
Hampir 15,000 lelaki manakala selebihnya wanita pada tahun 2022. Lebih serius, bunuh diri melibatkan usia bawah 19 tahun iaitu lebih 4,000 orang. Majukah Jepun?
Kedua ialah Bhutan. Ekonominya lemah. Di mana KDNK nominal hanya AS$2.7 bilion pada 2022. Indeks HDI yang mengukur pembangunan cuma 0.66 tangga ke-129 di dunia. Jangan disebut pendapatan per kapita. Hanya AS$3,063 setahun seorang.
Tetapi pernah kita dengar tajuk seperti slogan pelancongan di negara Bhutan. “Tempat Kebahagiaan”? Ini disebabkan Bhutan telah mengadaptasi Indeks Kebahagiaan Kasar yang menggantikan KDNK. Dengan Indeks Bahagia setinggi 0.781, Bhutan dikategorikan antara negara terbahagia di dunia.
Sehingga Universiti Oxford menubuhkah Pusat Penyelidikan Bhutan. Yang mengkaji kenapa rakyat Bhutan begitu bahagia pada tahun 1999.
Pakar mengenal pasti rakyat Bhutan bahagia disebabkan gaya hidup yang mudah, tingkah laku beragama dan demografi. Mundurkah Bhutan?
Berbalik kepada isu asal. Kebahagiaan dan Pertumbuhan Ekonomi. Di manakah kita?
Malaysia juga sama seperti dengan negara Jepun. Mencapai status negara pertengahan atas sehingga KDNK mencapai lebih AS$407.92 bilion. Serta Indeks HDI menjangkau 0.803 yakni tangga 62 di dunia.
Dan kemajuan pembangunan seperti menara kedua tertinggi di dunia iaitu Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur. Setinggi 678.9 meter. Tetapi bahagiakah Malaysia?
Malaysia pula, di dalam Indeks Bahagia pada tahun 2023 menduduki tangga 55 dunia dengan 6.012 mata. Indeks Bahagia ini menunjukkan julat di mana 10 adalah negara yang bahagia dan 0 sebaliknya.
Jelas menunjukkan Malaysia adalah negara di pertengahan. Dengan pelancaran Malaysia Madani adalah kunci kepada falsafah “stoicism” ini.
Dengan menyeimbangkan kemajuan dunia daripada sudut pertumbuhan ekonomi dan keseimbangan kebahagiaan. Madani bukanlah slogan sahaja. Tetapi cara kehidupan.
Negara kita berhadapan tiga masalah utama pertumbuhan dan kebahagiaan.
Pertama adalah masalah pembangunan tak setara antara semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.
Di mana kemudahan infrastruktur seperti elektrik, air, jalan raya, ekonomi dan peluang pekerjaan sangat di perlukan terutama wilayah Sabah dan Sarawak.
Kedua-dua wilayah ini perlu menjana ekonomi dan pembangunan yang pesat.
Pelan dan rancangan serta polisi yang komprehensif diperlukan untuk membangunkan kedua-dua wilayah ini sebagai pelengkap kepada semenanjung Malaysia.
Serta pembuat dasar perlu melihat pembinaan ibu negara Indonesia baru yakni Nusantara di kepulauan Borneo sebagai pemangkin pembangunan.
Kedua adalah masalah pendidikan. Di Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang komprehensif. Tetapi nilai rukun negara perlu di titikberatkan. Maju sudut ilmu dan nilai kehidupan.
Pepatah melayu menyatakan “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”. Malaysia perlu menyeimbangkan peranan guru yang mengajar serta peranan ibu bapa yang mendidik.
Ketiga adalah masalah keseimbangan sosial. Di mana perbezaan generasi menjadikan fokus keseimbangan berbeza. Generasi Z dan X dan lain-lain adalah berbeza pandangnya. Generasi X yang lahir sekitar tahun 1965 hingga1980 menjadikan usaha kuat adalah doktrin utama.
Manakala generasi Z yang lahir dari 1997 hingga 2000 menjadikah kreativiti sebagai tujahan utama. Itulah sebabnya kita dengar. Ramai lepasan SPM tidak mahu menyambung pengajian dan bercita-cita menjadi pempengaruh digital sebagai kerjaya. Kedua-dua generasi adalah pelengkap, bukannya saingan.
Kesimpulannya. Falsafah “stoicism” adalah penting dalam membentuk Malaysia Madani. Kita, sudah tentu mahu menjadikan Malaysia negara progresif, bertumbuh dan maju seperti Jepun.
Tetapi. Janganlah kita lupakan keseimbangan. “Stoicism” mengajar kita menyeimbangkan kehidupan dengan nilai. Contohnya. Kerjaya seorang doktor. Benar. Gajinya tidak selumayan usahawan kosmetik yang berjaya. Tetapi nilainya adalah menyembuhkan dan membantu orang lain. Itulah “stoicism” – Nilai kehidupan.
Diharap Malaysia Madani akan dibentuk dan menjadikan Malaysia negara maju dengan acuan kesederhanaan dan keseimbangan. – DagangNews.com