Carousell terbitkan Laporan Impak Ekonomi Sekular sulung, paparkan impak iklim positif daripada transaksi barang terpakai di Asia Tenggara | DagangNews Skip to main content

Carousell terbitkan Laporan Impak Ekonomi Sekular sulung, paparkan impak iklim positif daripada transaksi barang terpakai di Asia Tenggara

Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratban (tengah) bersama Gaurav Bhasin (kiri), Marcus Tan, Quek Siu Rui dan Lucas Ngoo (kanan) pada majlis pelancaran Laporan Impak Ekonomi Sekular Carousell Group di Kampus Carousell, Singapura pada 8 Disember 2023.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 8 Dis — Carousell Group, peneraju platform pelbagai kategori bagi barangan terpakai di perantauan Asia Tenggara, menerbitkan Laporan Impak Ekonomi Sekular (Circular Economy Impact Report) pertamanya hari ini, menunjukkan jual beli barangan terpakai adalah pilihan terbaik untuk planet ini berbanding peruncitan tradisional membeli barangan baharu.

 

Laporan pertama kali tersebut, bagi e-dagang dan tempat jualan perdagangan semula di Asia Tenggara, mengukur Pengelakan Pelepasan Karbon dari hasil pengguna membeli barangan terpakai di tiga tempat jualan Carousell Group, berbanding membeli barangan baharu.

 

 

carousell
Carousell menerbitkan Laporan Impak Ekonomi Sekular sulungnya dengan penemuan menunjukkan jualan dan belian barangan terpakai adalah pilihan terbaik untuk planet berbanding runcit tradisional membeli barangan baharu.


 

Laporan tersebut telah dilancarkan oleh Presiden Republik Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Carousell Campus, ibu pejabat serantau Kumpulan tersebut, hari ini.

 

Majlis pelancaran itu juga dihadiri rakan kongsi industri dan pelabur di mana Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Carousell, Gaurav Bhasin menyampaikan ucaptama mengenai penemuan-penemuan utama laporan berkenaan.


 

carousell
Komuniti pengguna Carousell Group mengelakkan 116,577 tan pelepasan karbon di dalam empat kategori barangan (Fesyen & Mewah, Elektronik, Perabot & Kehidupan Rumah dan Hobi & Alat Permainan) pada 2022
 

 

Penemuan Utama Impak Ekonomi Sekular termasuk:

●      Komuniti pengguna Carousell Group menghindari 116,577 tan pelepasan karbon di dalam empat kategori barangan (Fesyen & Barangan Mewah, Elektronik, Perabot & Perkakas Rumah dan Hobi & Alat Permainan

○      Seumpama memandu 1.9 juta kali sehala antara Kuala Lumpur dan Singapura

●      Hampir 56% pembelian di tempat jualan Carousell menyingkirkan pembelian barangan baharu

●      Pada purata di keseluruhan enam pasaran utama tempat jualan Carousell, 55% pengguna yang dikaji selidik melaporkan pertambahan jual beli barangan terpakai  pada 2022 berbanding 2021

 

Ketua Pegawai Strategi, Carousell Group, Gaurav Bhasin, berkata, dengan memudahkan transaksi barangan terpakai, Kumpulan Carousell memegang peranan penting dalam memajukan ekonomi sekular bersama pengguna di rantau Asia Tenggara.

 

"Sebagai penggerak utama ekonomi sekular di rantau kita, kami mempunyai tanggungjawab untuk memimpin melalui teladan dan mengukur potensi kesan positif daripada memilih produk terpakai berbanding yang baharu dengan cara yang boleh dipercayai dan telus.

 

"Sebagai tambahan kepada pengukuran Pelepasan Terhindar, kami juga telah mengambil peluang untuk mengira Jejak Karbon Kumpulan kami. Kekukuhan metodologi pilihan kami menggariskan komitmen kuat kami terhadap kemampanan, dan ia membentuk asas kepada usaha kemampanan kami.

 

"Untuk mengukur impak kami, Carousell bekerjasama dengan Vaayu, sebuah syarikat teknologi iklim Eropah yang memanfaatkan AI proprietari dan teknologi pembelajaran mesin serta menggunakan pangkalan data Penilaian Kitaran Hayat (LCA) yang mengandungi lebih 600,000 titik data produk," ujar beliau.

 

Sebagai fasa awal perjalanan kuantifikasi Kumpulan Carousell, skop laporan hanya meliputi empat kategori barangan Carousell, Laku6 dan REFASH.

 

Kumpulan komited untuk menggabungkan semua kategori yang tinggal secara progresif dan menyatupadukan jenama Kumpulan yang lain, iaitu Mudah.my, Chợ Tốt dan OneShift dalam skop pada tahun-tahun akan datang.

 

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Vaayu, Namrata Sandhu berkata, “Peruncitan bertanggungjawab terhadap 25% daripada pelepasan karbon global dan penyelidikan berterusan menunjukkan kita tidak berada di landasan untuk mengekalkan pemanasan global di bawah 1.5C, kita berada pada tahap kritikal titik infleksi".

 

"Model perniagaan pekeliling, seperti perdagangan semula, menawarkan laluan yang jelas untuk mengurangkan impak runcit terhadap planet kita, itulah sebabnya kami sangat berbangga  bekerjasama dengan Kumpulan Carousell bagi mengukur kesan iklim dan memperkasakan komunikasi dengan pengguna mereka," katanya.

 

Selain kuantifikasi Pelepasan Terhindar, laporan itu juga menggariskan kepentingan setiap transaksi individu dalam menyumbang kepada kesan ekonomi pekeliling keseluruhan.

 

Sebagai contoh, membeli sofa terpakai di Carousell boleh, secara purata, menjimatkan sehingga 131 kg Co2e, bersamaan dengan hampir enam pokok menyerap CO2 setahun.

 

Sebagai sebahagian daripada matlamat Carousell Group untuk mempercepatkan masa hadapan barangan terpakai menerusi perdagangan semula, tempat jualan Kumpulan telah memperkenalkan pelbagai program dan ciri-ciri baharu perdagangan semula di seluruh platformnya dan pasaran tahun ini.

 

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carousell Group, Quek Siu Rui berkata, “Misi kami adalah menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan pertama untuk semua orang.

 

"Kami kekal teguh kepada misi kami selama lebih 11 tahun lalu, dan kami kekal komited menjadikan jual beli barangan terpakai lebih mudah, lebih dipercayai dan menyenangkan.

 

"Dengan penerbitan laporan ini, kami berharap lebih ramai orang menyedari betapa mudahnya menjadikan barangan terpakai sebagai gaya hidup dan menyumbang kepada bumi yang lebih hijau, tanpa berkompromi dengan benda yang kita sukai,” katanya. - DagangNews.com