KUALA LUMPUR 31 Jan - Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan produk pembiayaan peribadi-i Al-Yaseer dengan kelebihan kadar terapung kepada pelanggan-pelanggan baharu berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.
CBP dalam satu kenyataan berkata, Produk Pembiayaan Persendirian-i Al-Yaseer tersebut adalah sejajar dengan keperluan perniagaan CBP yang dilihat dapat menembusi pasaran yang lebih luas.
Katanya, penawaran produk tersebut adalah setanding dengan institusi perbankan yang lain dengan kadar keuntungan yang digunakan adalah berdasarkan Kadar Keuntungan Terapung yang lebih kompetitif.
"Ansuran bulanan pelanggan juga akan berubah berdasarkan kepada Kadar Keuntungan Terapung.
"Produk ini ditawarkan kepada pelanggan baharu sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah kenyataan itu lagi, dengan kaedah permohonan yang mudah serta kelulusan yang pantas bagi pembiayaan pembiayaan peribadi-i Al-Yaseer, ia memberi kelebihan kepada pelanggan CBP disamping produk pembiayaan peribadi-i Lestari yang menawarkan kadar keuntungan berkadar tetap.
"CBP pada ketika ini sedang mengadakan kempen pembiayaan peribadi-i LestariMoney For Merdeka (M4M2.0) yang menawarkan hadiah utama sebuah pangsapuri dan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM200,000.
"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh mengunjungi cawangan CBP di seluruh negara atau hubungi 1 300 88 7650 atau ke laman web rasmi CBP, www.cbp.com.my.
CBP telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah co-opbank.
Ia mempunyai 29 buah cawangan dan outlet Ar Rahnu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan menawarkan pelbagai produk perbankan patuh Syariah termasuk perkhidmatan Ar-Rahnu. -DagangNews.com