CEKD Berhad lancarkan Prospektus bagi menjana RM24.28 juta daripada IPO | DagangNews Skip to main content

CEKD Berhad lancarkan Prospektus bagi menjana RM24.28 juta daripada IPO


KUALA LUMPUR 6 Sept – CEKD BERHAD, penyedia rumusan pemotongan acuan serta pengeluar acuan pemotong dan pedagang alat-alat dan aksesori boleh digunakan, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad, melancarkan prospektus Kumpulan bagi tawaran awam permulaan (IPO).

 

Kumpulan syarikat menyasarkan untuk menjana RM24.28 juta daripada proses IPO ini. IPO ini melibatkan terbitan awam sebanyak 50.59 juta saham baharu pada harga terbitan RM0.48 sen sesaham, yang akan ditawar untuk permohonan seperti berikut:

 

Terbitan Awam:

  • 9.73 juta saham baharu ditawarkan untuk permohonan rakyat Malaysia;
  • 9.73 juta saham baharu diperuntukkan untuk pengarah dan kakitangan yang layak serta individu yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan;
  • 6.81 juta saham baharu secara penempatan persendirian kepada pelabur terpilih; dan
  • 24.32 juta saham secara penempatan persendirian untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

Hasil yang diraih akan digunakan seperti berikut:

 

cekd

* Dari tarikh penyenaraian Saham CEKD.

 

Pengarah Urusan CEKD, Yap Kai Ning berkata, penyenaraian CEKD Berhad tidak lama lagi menandakan pencapaian besar di dalam sejarah syarikat ini.

 

Beliau berkata, 'IPO ini bukan sahaja mengukuhkan kewujudan CEKD di dalam industri sebagai peneraju penyediaan rumusan dan pengeluar pemotong acuan tetapi juga mengangkat profil CEKD bagi membantu pelan perluasan syarikat. CEKD komited untuk mengekalkan reputasi syarikat dan mencipta nilai untuk para pemegang saham CEKD.’

 

Yak Kai Ning
                                                             Yap Kai Ning

 

 

Menurut beliau, hasil daripada IPO akan diguna bagi membeli mesin pemotong laser dan pemproses steel rule automatik bagi menyokong perluasan perniagaan dan meningkatkan kecekapan pengeluaran syarikat.

 

''Keupayaan pengeluaran kami akan dipertingkatkan dengan penambahbaikan perisian dan pelayan komputer kami dan ia akan menyokong pertumbuhan perniagaan. Selain membeli mesin dan peralatan, kami juga akan mengambilalih sebuah kilang untuk Hotstar terletak di Kepong, Kuala Lumpur,’’ kata beliau.

 

Setakat 6 Ogos 2021, Kumpulan mempunyai pangkalan pelanggan yang besar dan pelbagai sebanyak 1,309 pelanggan dengan Kumpulan berjaya mencatatkan purata margin keuntungan kasar sebanyak 48.3% dari FYE 2018 ke FYE 2020.   

 

Pengarah Urusan Pembiayaan Korporat, M&A Securities Sdn Bhd, Datuk Bill Tan berkata: “Sehingga hari ini, kami telah menerima maklum balas positif daripada para pelabur mengenai IPO CEKD dan kami gembira untuk memainkan peranan utama di dalam matlamat CEKD menjadi syarikat tersenarai awam.

 

Beliau berkata, pencapaian besar hari ini adalah hasil kerja keras dan dedikasi pasukan CEKD.

 

''Mereka berpengalaman dan komited dengan kemahiran operasi dan pengetahuan mendalam mengenai pembuatan acuan pemotong dan berdagang alat-alat dan aksesori yang boleh digunakan. IPO ini akan mengukuhkan kedudukan CEKD di dalam industri,’’ ujar beliau.

 

Penasihat, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Agen Penempatan bagi IPO CEKD ini ialah M&A Securities. Susulan perjanjian penaja jamin, M&A Securities akan menaja jamin bagi saham-saham yang layak dipohon oleh rakyat Malaysia. – DagangNews.com