Celcom lancar pelan pascabayar mampu milik 'Talian Keluarga' | DagangNews Skip to main content

Celcom lancar pelan pascabayar mampu milik 'Talian Keluarga'

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan pelan pascabayar mampu milik pertama di Malaysia, Talian Keluarga yang dilengkapi dengan akses internet tanpa had dan kuota Hotspot 5GB serendah RM40 setiap talian.

 

Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata Berhad, Chee Loo Fun berkata, Talian Keluarga juga membolehkan pengguna menikmati hingga 6 Talian Keluarga serta menawarkan fleksibiliti untuk menggabungkan iPhone13 terbaru dengan Apple Watch atau AirPod Pro pilihan anda dengan penjimatan sehingga RM2,320.

 

"Seluruh keluarga Malaysia menggunakan Internet untuk pelbagai jenis kandungan digital dan oleh itu, pelan pascabayar Celcom MEGA™ menawarkan Talian Keluarga dengan akses Internet tanpa had ,"

 

"Pelan Keluarga Celcom MEGA™ yang ditambahbaik boleh dilanggan dengan pelan utama pascabayar Celcom MEGA™ RM128 dan ke atas, menyediakan sehingga 6 Talian Keluarga bagi setiap akaun dan membawa hiburan terbaik dengan memberi akses VIP PERCUMA bagi iQiyi selama 6 bulan melalui Video Walla™ Plus, untuk menonton K-drama, drama dan filem Cina dan tempatan, rancangan anime yang popular, serta pelbagai lagi program di platform tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Selain itu beliau berkata, pelanggan pelan pascabayar Celcom MEGA™ RM128 dan ke atas juga dapat menikmati perkhidmatan Servis Keutamaan Celcom yang merangkumi pemilihan nombor khas, terma kredit dilanjutkan selama 45 hari serta perkhidmatan dan panggilan pelanggan yang lebih pantas.

 

Katanya, pelanggan Pelan Keluarga Celcom MEGA™ juga dapat menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 setiap bulan apabila mereka mendaftar dengan Celcom Home Fibre™ 100Mbps.

 

"Sebagai tambahan, pelan pascabayar Celcom MEGA™ RM98 dan ke atas bersama Talian Keluarga menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan untuk menggabungkan telefon pintar dengan peranti pilihan tambahan bagi seluruh keluarga mereka.

 

"Pelanggan boleh memiliki telefon pintar android PERCUMA dan nikmati penjimatan lebih banyak apabila anda menambah sebanyak RM549 untuk tablet Samsung A7 Lite," katanya.

 

Tambahnya, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan bluecube Celcom untuk memiliki peranti iPhone melalui Pelan Bayaran Ansuran Kad Kredit (EPP) HSBC pada kadar 0% dan menikmati pulangan tunai sebanyak RM100 apabila mereka melanggan mana-mana pakej peranti melalui pelan pascabayar Celcom MEGA™ RM128 dan ke atas.

 

Sebagai tambahan, beliau berkata rakyat Malaysia kini boleh beralih ke Celcom dengan mudah melalui aplikasi Celcom Lifemmelalui Google Playstore atau Apple Store. -DagangNews.com