KUALA LUMPUR 9 Julai - CelcomDigi Bhd hari ini melancarkan Pusat Pengalaman Kecerdasan Buatan (AiX) bernilai RM55 juta di Taman Teknologi Tinggi Subang Jaya.
Ia merupakan pusat sehenti yang ditubuhkan dengan kerjasama dengan 40 syarikat tekonologi bagi menyediakan rumusan digital bertaraf dunia dalam pelbagai sektor.
Pusat Pengalaman AI itu berfungsi sebagai fokus kepada kerjasama merentas industri, memanfaatkan teknologi seperti 5G, Realiti Lanjutan (XR), Robotik, Analitik dan Metaverse.
Kemudahan kerjasama ini direka untuk memacu kemajuan teknologi dan pertumbuhan syarikat pemula digital, perusahaan dan memacu transformasi digital Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata,teknologi baharu seperti AI sedang merevolusikan dunia dan Malaysia perlu bergerak seiring bagi membina sebuah negara digital.
Pihaknya mengambil masa lebih setahun setengah untuk merealisasaikan cita-cita itu dengan memanfaatkan keupayaan gabungan kumpulan dalam memacu pendigitalan serta pertumbuhan mampan untuk negara.
Katanya, Pusat Pengalaman AI meralisasikan faedah penggabungan dan keupayaan Celcom Digi mampu menarik rajan kongsi teknologi digital global bagi mempercepatkan pembangunan rumusan digital termaju.
“Oleh itu, kami telah menubuhkan AiX melalui perkongsian yang kukuh dan evolusi berterusan, membolehkan kami mencipta potensi besar untuk Malaysia.
“Dengan kerjasama dengan pemain teknologi global dan ekosistem tempatan, kami telah melabur RM55 juta untuk menyokong cita-cita ini.
“Kami akan terus melabur dalam infrastruktur, perkongsian dan kecekapan yang diperlukan untuk menyokong Malaysia melalui perubahan teknologi yang pesat,” katanya.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sementara itu, CelcomDigi berazam untuk memacu transformasi digital merentas industri dan memastikan manfaat 5G, kecerdasan buatan dan teknologi baharu bagi semua rakyat Malaysia.
Pusat itu akan dibuka untuk pelawat secara berjadual.
Rakan teknologi dan rakan kongsi perniagaan, ahli akademik,agensi kerajaan dan organisasi korporat dijemput melawat AiX untuk melihat masa depan masyarakat digital kita melalui pameran interaktif yang disediakan.
Penggunaan AiX akan dimuat semula secara berkala bagi memastikan pengalaman pelawat dan pencipta bersama dapat menguji teknologi terkini dalam mengekalkan dengan dinamik industri teknologi. - DagangNews.com