Censof peroleh projek bernilai RM6 juta untuk bangunkan sistem pengurusan unit amanah PHB | DagangNews Skip to main content

Censof peroleh projek bernilai RM6 juta untuk bangunkan sistem pengurusan unit amanah PHB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 April - Penyedia penyelesaian perisian pengurusan kewangan, Censof Holdings Berhad berjaya memperoleh projek bernilai RM5.97 juta untuk membangunkan sistem pengurusan unit amanah untuk Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).

 

Ini berikutan penerimaan surat hasrat yang diterima Censof daripada PHB lapan bulan lalu.

 

Censof berkata, anak syarikat milik penuhnya Century Software (M) Sdn Bhd (CSM) telah menerima surat anugerah (LOA) daripada PHB sebagai vendor permohonan untuk projek itu.

 

PHB ialah cabang pegangan pelaburan hartanah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

 

Katanya, keseluruhan projek itu akan disiapkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh permulaan, yang akan ditentukan dan dipersetujui antara PHB dan CSM secara bertulis.

 

"LOA dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024," kata Censof dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. - DagangNews.com