CENTEXS pasang Sistem Peranti Rumah Pintar pertama di Sarawak | DagangNews Skip to main content

CENTEXS pasang Sistem Peranti Rumah Pintar pertama di Sarawak

Tan Sri Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (tengah), Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman (dua dari kanan), Hanizam Hashim (kiri) dan Shahren Yusri (kanan) pada majlis pelancaran Sistem Peranti Rumah Pintar di Kuching pada 11 Februari 2022..

KUCHING 11 Feb - Sebanyak 652 unit rumah bakal menggunakan Sistem Peranti Rumah Pintar yang pertama di Sarawak. 

 

Projek pemasangan Sistem Peranti Rumah Pintar pada November ini merupakan kerjasama CENTEXS Commercial dan Hornbill Network Consortium Sdn. Bhd.

 

Sebagai permulaan, fasa pertama melibatkan sebanyak 90 unit rumah bakal menikmati  konsep teknologi digital yang menggunakan voice command atau arahan suara untuk tujuan memberi arahan atau berinteraksi secara verbal dengan peranti yang mempunyai  sambungan internet.

 

Majlis memeterai Memorandum Persefahaman itu disaksikan oleh Pengerusi Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) Tan Sri Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman dan CEO Hornbill Network Consortium, Hanizam Hashim.

 

Menurut Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Shahren Yusri, Sistem Peranti Rumah Pintar ini secara tidak langsung meningkatkan keselesaan, jimat tenaga elektrik, tahap keselamatan terjaga dan memudahkan urusan harian.

 

Katanya, jumlah nilai kerjasama bagi kos pembekalan dan pemasangan peranti rumah pintar untuk rumah pelbagai jenis di Samariang Avenue di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya mencecah RM210,000. 

 

 

centex
Tan Sri Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani mencuba sensor yang dipamerkan di CENTEX, Kuching pada 11 Februari 2022.

 

 

``Sementara itu, fasa kedua pula melibatkan jumlah 562 unit rumah,'' kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini. 

 

Idea mengkomersialkan Sistem Peranti Rumah Pintar bermula dengan pelaksanaan Latihan Automasi Bangunan Pintar yang ditawarkan Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) di bawah Akademi Digital sekaligus mewujudkan Bandar Pintar atau Smart City. - DagangNews.com