Central Global terima subkontrak RM616 juta bagi projek naik taraf jalan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B | DagangNews Skip to main content

Central Global terima subkontrak RM616 juta bagi projek naik taraf jalan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Sept - Central Global Bhd menerusi RYRT International Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM616.38 juta daripada Pembinaan Urusmesra Sdn Bhd bagi projek menaik taraf jalan di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.

 

Kumpulan itu berkata, menerusi subkontrak itu, mereka akan membekalkan jentera, tenaga kerja dan bahan yang diperlukan bagi menaik taraf jalan dari Lahad Datu Bypass ke Kampung Sandau menerusi pakej kerja 22.

 

Antara kerja yang perlu dilaksanakan di bawah subkontrak itu termasuk kerja-kerja penambahbaikan alam sekitar, pengurusan dan kawalan lalu lintas selain pengurusan keselamatan dan kesihatan serta kerja-kerja penyelenggaraan, perobohan dan pembersihan tapak. 

 

"Kumpulan itu juga perlu melaksanakan kerja-kerja geoteknikal, kerja saliran, jalan dan turapan, kerja-kerja jambatan, lampu dan sebarang item yang diarahkan. 

 

"Menerusi kontrak itu juga, mereka perlu menyediakan, memasang serta mengalihkan emua struktur sementara, mesin dan peralatan dan perancah bagi menyiapkan kerja itu.

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh 30 September 2024 hingga 29 Mac 2028," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Kontrak tersebut tidak akan memberi kesan ke atas modal saham syarikat tetapi dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2024 hingga 2028. - DagangNews.com