CGS-CIMB kekal saranan 'overweight' terhadap sektor perbankan dipacu pertumbuhan pinjaman yang kukuh | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB kekal saranan 'overweight' terhadap sektor perbankan dipacu pertumbuhan pinjaman yang kukuh

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Nov - CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'overweight' untuk sektor perbankan dipacu oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh serta perkembangan dalam margin faedah bersih (NIM) kesan daripada kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

 

Pada masa sama, firma itu mengunjurkan pinjaman pada tahun ini berkembang antara 5% hingga 6% dan merupakan perkembangan yang paling kukuh dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

 

"Pertumbuhan pinjaman bagi bank-bank di bawah liputan kami berkembang secara sederhana daripada 6.8% pada akhir Ogos kepada 6.4% pada akhir September 2022 dan ia berada dalam unjuran kami.

 

"Pertumbuhan pinjaman perniagaan menurun daripada 6.8% pada akhir Ogos kepada 5.2% pada akhir September 2022.

 

"Sementara itu, momentum pertumbuhan bagi pinjaman isi rumah dikekalkan pada 6.6% pada akhir Ogos dan September 2022," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Firma itu berkata, jumlah peruntukan industri perbankan meningkat hanya RM458.8 juta pada 3QFY22, berbanding RM613.8 juta pada 2QFY22.

 

Firma itu berpendapatam bahawa peruntukan kerugian pinjaman (LLP) bank menurun dari suku ke suku pada 3QFY22 dan pada asas tahun ke tahun LLP 3QFY22 bank mungkin menurun 40-50%.

 

"Bersama-sama dengan pertumbuhan pinjaman yang teguh dan pengembangan dalam NIM daripada kenaikan OPR akan menyokong pertumbuhan keuntungan bersih bank pada 3Q22F," katanya. - DagangNews.com