CGS-CIMB Research kekal saranan 'pegang' terhadap Mi Technovation akibat sentimen lemah sektor teknologi | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research kekal saranan 'pegang' terhadap Mi Technovation akibat sentimen lemah sektor teknologi

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Ogos - CGS-CIMB Research mengekalkan saranan 'pegang' terhadap Mi Technovation Berhad dengan harga sasaran (TP) RM1.60.

 

Firma itu berkata, saranan itu adalah bagi mencerminkan sentimen lemah terhadap terhadap sektor teknologi terutama syarikat yang memiliki lebih pendedahan terhadap segmen mudah alih.

 

Katanya, pemerolehan akretif pendapatan, pelancaran peralatan baharu dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat merupakan risiko terbesar.

 

"Penurunan dalam perbelanjaan industri semikonduktor, kelewatan dalam masa utama komponen dan permintaan telefon pintar yang lebih rendah merupakan antara risiko terhadap sektor ini," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Bagaimanapun, firma itu berkata, kumpulan itu kekal berhati-hati terhadap pemulihan sektor mudah alih pada 4QFY22.

 

Pada masa sama, kumpulan itu mengharapkan Unit Perniagaan Bahan Semikonduktor (SMBU) kekal pada paras tertinggi disebabkan penggunaan yang semakin maju dalam pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC).

 

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kadar pengoperasian SMBU berada pada paras 80% penggunaan," katanya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu secara aktif mengembangkan portfolio produknya dengan menyasarkan segmen baharu seperti HPC dan automotif.

 

Pada masa sama, kumpulan itu juga mengembangkan segmen ujian untuk Siri Si di China dengan menyasarkan pengendali ujian modul kuasa bersepadu (IPM) dalam segmen kuasa.

 

"Kumpulan itu masih berdepan kelewatan dalam proses kelayakan pelanggan baharu di kilang Ningbonya, sebahagiannya disebabkan oleh sekatan perjalanan dan garis panduan kuarantin yang ketat di China.

 

"Walaupun kumpulan itu telah memasang dua barisan pemasangan untuk SMBU di kilang Ningbonya, pelanggannya tidak dapat melaksanakan proses audit dan pensijilan," katanya. - DagangNews.com