CGS-CIMB Research saran 'tambah' bagi saham SAM Engineering & Equipment, TP RM3.80 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research saran 'tambah' bagi saham SAM Engineering & Equipment, TP RM3.80

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Julai - CGS-CIMB Research memulakan liputan terhadap SAM Engineering & Equipment Berhad dengan saranan 'tambah' pada harga sasaran (TP) RM3.80 sesaham.

 

Penarafan itu berdasarkan keuntungan harga kepada pendapatan (PE) 18 kali ganda untuk tahun kewangan 2023 (FY23) pada diskaun kira-kira 30% kepada purata wajaran PE tiga tahun gandaan sebanyak 20 kali akibat sentimen yang lemah dalam segmen teknologi.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu dijangka menerima manfaat daripada pemulihan permintaan terhadap penerbangan global, peningkatan kapasiti perbelanjaan di dalam industri semikonduktor dan pengembangan kapasiti syarikat.

 

"Kami melihat prospek pemulihan yang lebih kukuh untuk aeroangkasa kumpulan didorong oleh permintaan yang kukuh untuk pengeluaran pesawat komersial.

 

"Kumpulan penyelidik industri pasaran penerbangan, Forecast International Inc. mengunjurkan pengeluaran Airbus dan Boeing akan berkembang sebanyak 32%/26%/11% pada 2022F/23F/24F.

 

"Kami menjangkakan syarikat penerbangan untuk meningkatkan kitaran pelaburan untuk menguasai pasaran, yang akan menjadi petanda baik bagi pengeluar pesawat, serta pembekal," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu menjangkakan pendapatan sesaham (EPS) pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 24% (FY3/22-25F) didorong oleh pemulihan dalam permintaan penerbangan global dan peningkatan jumlah jualan.

 

Katanya, perbelanjaan untuk fabrikasi global dan pengkomersialan portfolio produk baharu kepada pelanggan dan tambahan 18% pengembangan kawasan pengeluaran dengan pembukaan fasa kedua di kilang Thailand menjelang CY23F.

 

"Bagaimanapun kelewatan dalam pemulihan perjalanan udara disebabkan gelombang baharu jangkitan COVID-19 dan lebihan kapasiti dalam pasaran semikonduktor adalah potensi risiko untuk kumpula itu," katanya. - DagangNews.com