Kemenangan kontrak baharu, Kenanga Research unjur buku pesanan Solarvest naik kepada RM686 juta | DagangNews Skip to main content

Kemenangan kontrak baharu, Kenanga Research unjur buku pesanan Solarvest naik kepada RM686 juta

Gambar hiasan dari laman web rasmi Solarvest
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 25 Nov - Kenanga Research kekal positif terhadap Solarvest Bhd berikutan kemenangan kontrak terbaharunya yang bakal menaikkan buku pesanan tertunggaknya kepada RM686 juta.

 

Solarvest memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM142 juta daripada SM01 Sdn Bhd bagi membina loji tenaga solar berskala besar di Kuala Muda, Kedah.

 

Katanya, berikutan kemenangan kontrak tersebut jumlah nilai kontrak sehingga kini (YTD) kepada RM627, berada pada landasan untuk memenuhi anggaran setahun penuh Kenanga sebanyak RM654 juta.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kontrak terbaharu itu turut menaikkan buku pesanan tertunggaknya kepada RM828 juta.

 

"Kami menjangkakan kontrak ini akan meningkatkan peluang Solarvest memenangi kontrak FY25 sebanyak 29% kepada RM627 juta (berbanding andaian setahun penuh kami sebanyak RM654 juta).

 

"Ia juga menaikkan buku pesanan tertunggaknya kepada RM686 juta yang boleh menyibukkannya sekurang-kurangnya dalam tempoh 18 bulan akan datang. 

 

"Kami juga menjangkakan margin keuntungan kasar sebanyak 14% sehingga 16% daripada pekerjaan ini.

 

“Dalam jangka masa terdekat, kami menjangkakan kemasukan besar peluang pekerjaan didorong oleh CGPP 800MW dengan tarikh akhir penyiapan akhir 2025 dan tambahan kuota 500MW di bawah inisiatif Net Energy Metering (NEM)," katanya dalam atu nota penyelidikan, hari ini. 

 

Berdasarkan anggarannya, firma itu menjangkakan Solarvest berpeluang kukuh untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah pekerjaan EPCC sistem solar fotovoltaik (PV) di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) , yang dianggarkan berjumlah RM2.4 bilion.

 

Sementara itu, Kenanga mengekalkan saranan 'outperform' dan harga sasaran (TP) RM1.91 sesaham berdasarkan penilaian SoP, mengagihkan 30x FY26 PER bagi segmen EPCC. - DagangNews.com