CGS-CIMB unjur pegangan tunai BP Plastics sebanyak RM21.8 juta hingga RM32 juta bagi tempoh FY23-FY25 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB unjur pegangan tunai BP Plastics sebanyak RM21.8 juta hingga RM32 juta bagi tempoh FY23-FY25

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 April - CGS-CIMB Research mengunjurkan pegangan tunai BP Plastics Holdings Berhad sebanyak RM21.8 juta hingga RM32 juta pada FY23 hingga FY25.

 

Firma itu berkata, baki tunai tahun ini adalah bersamaan dengan 14.3% hingga 17.2% daripada modal pasaran kumpulan itu.

 

"Antara perkara yang kami suka mengenai BP Plastics ialah kunci kira-kira bebas hutangnya, memandangkan kumpulan itu masih dalam laluan pertumbuhan.

 

"Kumpulan itu juga bermurah hati dengan pemberian dividennya dengan pebayaraan melebihi 50% daripada untung bersih yang dilaporkan sejak FY17," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, selain menghabiskan inventroi yang memiliki kos lebih tinggi, kumpulan itu berharap penambahan dua barisan pengeluaran baharu untuk filem pembungkusan dapat membantu meningkatkan margin keuntungan pada FY23.

 

Katanya, jualan produk filem pembungkusan biasanya lebih kecil dari segi jumlah tetapi ia memperoleh harga yang lebih tinggi daripada filem regangan kerana proses pengeluaran yang lebih rumit.

 

"Filem pembungkusan BP Plastics cenderung digunakan oleh pelanggan barangan pengguna industri dan bergerak pantas (FMCG) dan direka khas untuk setiap pelanggan," katanya.

 

Firma itu menyemak naik penarafan kumpulan kepada 'tambah' berbanding 'pegang' dengan harga sasaran (RP) RM1.39 sesaham. - DagangNews.com