CGS-CIMB unjur Sime Darby Property lancar lebih banyak kediaman bertingkat pada FY23 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB unjur Sime Darby Property lancar lebih banyak kediaman bertingkat pada FY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Sime Darby Property Berhad dijangka melancarkan lebih banyak kediaman bertingkat pada FY23.

 

CGS-CIMB Research melihat perkara itu secara positif apabila Sime Darby Property secara strategik mengeluarkan lebih banyak nilai daripada perbandaran matangnya, dibantu oleh penjenamaan dan reputasinya yang kukuh sebagai pemaju hartanah.

 

"Pelancaran kediaman bertingkat tinggi pertamanya pada FY23, Serasi Residences (Menara 1 dengan 507 unit) di Putra Heights, mencatatkan kadar pengambilan yang mengagumkan sebanyak 99%.

 

"Memandangkan harga mampu miliknya bermula daripada RM250,000 seunit, kami percaya momentum permintaan akan kekal kukuh untuk pelancarannya yang seterusnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pengurusan kumpulan itu memberi bayangan untuk melancarkan sehingga RM795 juta produk industri (26% daripada sasaran nilai pembangunan kasar (GDV)) menyederhana selepas pelancaran bernilai RM1.2 bilion dan RM940 juta pada FY22 dan FY21 (purata kadar pengambilan 85%).

 

"Dengan bank tanah kasar seluas 4,856 hektar (1,214 hektar ditetapkan untuk pembangunan perindustrian), kami percaya Sime Darby Property mempunyai kelebihan berbanding rakan setaranya dalam memenuhi permintaan yang menggalakkan untuk produk perindustrian," katanya.

 

CGS-CIMB Research mengekalkan saranan "beli" ke atas Sime Darby Property dan menaikkan harga sasaran (TP) sebanyak 19% kepada 87 sen daripada 73 sen kerana campuran produk, jualan tidak dibil yang tinggi dan kunci kira-kira yang kukuh.

 

Selain itu, pemangkin penarafan semula lain termasuk penyiapan unjuran tepat pada masanya dan mengurangkan kekurangan buruh yang akan diterjemahkan kepada pengiktirafan hasil yang lebih kukuh dalam beberapa suku akan datang dan kesinambungan momentum jualan kumpulan yang boleh mendorong jualannya melepasi sasaran RM2.3 bilion.

 

Selain itu mereka berdepan beberapa risiko utama termasuk bahagian kerugiannya yang lebih besar daripada jangkaan daripada usaha sama Battersea Power Station di London yang boleh menyeret turun pendapatan bersih keseluruhan, kelewatan dalam pelancaran yang dirancang yang akan mengakibatkan sasaran jualan terlepas. - DagangNews.com