Chandran Rama Muthy dilantik semula sebagai CEO Batik Air Malaysia | DagangNews Skip to main content

Chandran Rama Muthy dilantik semula sebagai CEO Batik Air Malaysia

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Feb - Datuk Chandran Rama Muthy dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Malaysia yang baharu bagi menggantikan Kapten Mushafiz Mustafa Bakri.

 

Menurut syarikat penerbangan itu, pelantikan Chandran berkuat kuasa 1 Februari 2024.

 

chandran
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Malaysia, Datuk Chandran Rama Muthy.

 

Chandran merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air yang dahulunya dikenali sebagai Malindo Air dari tahun 2013 hingga Ogos, 2019.

 

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Strategi Kumpulan Lion Air Group.

 

"Di bawah kepimpinan Chandran, Batik Air telah mengalami perkembangan pesat dalam pelaksanaan stratgi di samping berjaya memperluaskan rangkaian dan menambah baik prestasi perkhidmatan.

 

"Ini telah mewujudkan asas kukuh kepada perluasan jangka panjang Batik Air dan mewujudkan nlai dengan rakan kongsi industri, pelanggan dan juga pihak berkepentingan," kata Batik Air dalam kenyataan media hari ini.

 

Sementara itu, Batik Air turut merakamkan penghargaan kepada Mushafiz atas kepimpinannya untuk tempoh 4 tahun setengah.

 

"Mushafiz dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Keselamatan di Lion Air Group," kata syarikat penerbangan itu yang merupakan ahli Lion Air Group.- DagangNews.com