CIMB Group optimis pendapatan bukan faedah akan hasilkan pertumbuhan dua angka - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

CIMB Group optimis pendapatan bukan faedah akan hasilkan pertumbuhan dua angka - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 April - CIMB Group Holdings Berhad kekal optimis bahawa pendapatan bukan faedah (NOII) akan menghasilkan pertumbuhan dua angka apabila sentimen pelabur kembali meningkatkan kadar dagangan dan keuntungan tukaran mata wang asing.

 

Kenanga Research berkata, ia mencerminkan pemulihan daripada prestasi buruk FY22 akibat konflik global, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kadar faedah.

 

"Walaupun kumpulan itu optimis dalam tinjauan jangka pendeknya, ia berusaha untuk bersikap konservatif dengan prestasi keseluruhan FY23, mencadangkan penyederhanaan pada suku berikutnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, CIMB Niaga mencatatkan untung sebelum cukai bagi 1QFY23 meningkat 29.5% kepada 2 trilion rupiah berbanding suku yang sama tahun lalu, menjadikan pendapatan sesahamnya kepada 63.42 rupiah.

 

CIMB Niaga merupakan anak syarikat 92.5% milik tidak langsung CIMB Group.

 

Bank itu memulakan 2023 dengan merekodkan satu lagi suku yang kukuh dengan prestasi yang baik untuk semua segmen perniagaan berikutan pertumbuhan pinjaman yang kukuh dan petunjuk kualiti aset asas yang lebih baik.

 

Firma itu berkata, disebabkan persaingan yang semakin sengit dalam deposit akibat kenaikan beransur-ansur kadar dasar semalaman (OPR) pada 2022, peningkatan mendadak dalam kos pendanaan dijangka menjadi kenyataan dan kumpulan menjangkakan kesan yang lebih besar dalam 1HFY23.

 

Katanya, pasaran mungkin menunjukkan beberapa keperluan bersepadu untuk menurunkan kadar produk bagi menyokong prospek yang lebih stabil untuk OPR.

 

"Walaupun tiada perubahan pada panduan kumpulan bagi pemampatan 5-10 bps, pemanjangan yang tidak dijangka boleh membawa kepada penurunan unjuran margin faedah bersih (NIM).

 

"Kumpulan itu berusaha untuk mengekalkan sasaran pertumbuhan pinjaman 5-6% tetapi menunjukkan bahawa ia tidak akan menjejaskan kualiti aset untuk bahagian pasaran selain memberi fokus kepada sektor berisiko seperti seperti pembinaan (3% daripada jumlah pinjaman) dan hartanah komersial (8%)," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan unjuran harga sasaran (TP) RM6.40 sesaham. - DagangNews.com