Co-opbank Pertama bantu pelajar UMT kurang berkemampuan | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama bantu pelajar UMT kurang berkemampuan

Pengurusan Kanan CBP dan UMT bersama penerima sumbangan program CSR Act of Kindness – Gerobok Rezeki  pada majlis yang diadakan di UMT, Kuala Terengganu.

 

 

 

KUALA LUMPUR 25 Mac - Co-opbank Pertama (CBP) menyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian menerusi Act of Kindness dan Gerobok Rezeki (AOK-GR) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

Sumbangan CBP itu meliputi 2 inisiatif yang dilakukan oleh AOK-GR iaitu Gerobok Rezeki dengan sumbangan berbentuk barangan mentah. 

 

Bantuan ini menyasarkan pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mengambilnya secara percuma tetapi mengikut apa yang perlu sahaja.

 

Selain itu, CBP turut menyumbang melalui satu lagi inisiatif yang dilakukan oleh AOK-GR ini melalui ‘suspended meal’ iaitu penyediaan makanan kepada pelajar-pelajar yang sangat memerlukan dan kurang berkemampuan secara percuma.

 

Hadir di majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd Nor Abdul Razak; Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Noraeni Mokhtar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya; Timbalan Pengarah Pembangunan Holistik dan Kokurikulum UMT, Dr. Izan Jaafar, pengurusan kanan CBP serta UMT.

 

Dalam kenyataan, Mohd Nor berkata, dengan sumbangan yang dilakukan ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar di sini dan CBP amat menitikberatkan kebajikan pelajarpelajar dan cuba untuk membantu sebaik mungkin.

 

"Sumbangan ‘suspended meal’ ini dijangka dapat membantu sekitar 200 pelajar.

 

"Ia juga menunjukkan bahawa CBP prihatin dengan mereka yang kurang bernasib baik dan yang mengalami kesulitan tanpa mengira status mereka sebagai pelajar atau berkerjaya," katanya. - DagangNews.com