Co-opbank Pertama sedia dana RM10 juta menerusi skim pembiayaan CoStart | DagangNews Skip to main content

Co-opbank Pertama sedia dana RM10 juta menerusi skim pembiayaan CoStart

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick (empat dari kanan) bersama Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi dan Khairil Anuar Mohammad Anuar (dua dari kiri) di majlis pelancaran skim pembiayaan COSTART di sini, hari ini.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 21 Nov - Co-opbank Pertama (CBP) menyediakan dana RM10 juta menerusi skim pembiayaan CoStart kepada koperasi-koperasi kredit yang ditubuhkan kurang dari tiga tahun.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, inisiatif tersebut dilihat dapat membantu gerakan koperasi di Malaysia.

 

Jelasnya, koperasi yang mendapatkan skim pembiayaan CoStart ini mempunyai modal pusingan aktiviti pembiayaan peribadi mereka kepada anggotanya.

 

“CBP telah menyediakan dana sebanyak RM10 juta bagi menjayakan skim ini dan permohonan telah dibuka pada 01 Oktober 2023 yang lalu.

 

 

[Foto FB Co-Opbank Pertama]
[Foto FB Co-Opbank Pertama]

 

 

“Menerusi skim ini, koperasi kredit baharu yang ditubuhkan kurang dari tiga tahun yang mempunyai kod Potongan Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM) layak memohon dengan syarat pembiayaan berlandaskan konsep tawarruq sebagai kontrak pembiayaan.

 

“CBP amat komited untuk membantu gerakan koperasi di negara ini, sejajar dengan misi KUSKOP untuk memasyarakatkan koperasi kepada rakyat di negara ini,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini selepas pelancaran skim itu di majlis Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP).

 

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick yang turut dihadiri oleh Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi.

 

Pelancaran skim pembiayaan CoStart itu disempurnakan di program MASKOP yang diadakan di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.  - DagangNews.com