KUALA LUMPUR 30 Jun - Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan Pembiayaan Persendirian khusus kepada para pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada 4 Julai 2021.
Menurut bank tersebut, tawaran perkhidmatan Pembiayaan Persendirian ini dibuat bagi meluaskan lagi profil pelanggan CBP terutama dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM).
Selain itu, penawaran produk ini juga memberi peluang kepada warga-warga ATM yang layak untuk menikmati pelbagai produk patuh syariah yang ditawarkan oleh pihak CBP pada kadar keuntungan semasa yang kompetatif dan mampu biaya tertakluk kepada terma dan syarat.
Pihak CBP menetapkan kelayakan asas dan syarat-syarat tambahan kepada warga ATM yang berminat iaitu :-
- Bayaran balik melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- Gaji minimum RM3,000.00 dan ke atas (Gaji pokok + Elaun Tetap)
- Pengesahan jawatan perlu melalui Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT)
- Pemohon dari kalangan pangkat pegawai dan ke atas; dan;
- Lain-lain syarat dan terma yang sedia ada.
"Warga ATM yang berminat boleh menghubungi mana-mana cawangan CBP terdekat atau melayari laman media sosial CBP untuk informasi lanjut," menurut bank itu dalam satu kenyataan.
Selain pembiayaan peribadi, CBP juga menawarkan pelbagai produk kewangan patuh Syariah yang meliputi pembiayaan, simpanan, Ar-Rahnu, Takaful dan Wasiat.
CBP kini sedang mengadakan kempen pembiayaan peribadi-I #M4M kepada kakitangan sektor awam yang menawarkan sebuah pangsapuri kepada seorang pelanggan yang bertuah.
Co-opbank Pertama (CBP) telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah bank. CBP mempunyai 28 buah cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
CBP menawarkan pelbagai produk Pembiayaan Individu, Koperasi serta Korporat, Ar-Rahnu, Deposit, Syer Keanggotaan serta Takaful dan Wasiat. Sila layari www.cbp.com.my untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com