CSR pasarkan gula putih jernih Better White serba baharu | DagangNews Skip to main content

CSR pasarkan gula putih jernih Better White serba baharu

Ketua Pegawai Eksekutif CSR Refinery Sdn Bhd, Mohd Zuki Wan Abdullah (kiri) bersama Ketua Penjenamaan dan Pembangunan Produk, Mohammad Farhan Mohammed Hafetz
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) memperkenalkan produk baharu, gula putih jernih Better White ke pasaran, melengkapkan rangkaian produk gula berkualiti tingginya.

 

Penambahan produk baharu ini dalam penawaran produknya menampilkan gula yang terhasil daripada proses penapisan meluas yang menghasilkan gula lebih tulen dan lebih menarik secara visual, mengekalkan kualiti dan pilihan rasa rakyat Malaysia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Mohamad Zuki Wan Abdullah berkata gula premium tersebut merupakan satu lagi komitmen daripada CSR dalam memenuhi jangkaan pengguna yang semakin meningkat, memberi perkhidmatan kepada pasaran dengan produk gula lebih berkualiti pada harga berpatutan.

 

"Kami telah berusaha keras untuk memastikan pelanggan kami dapat menikmati produk gula unggul yang melengkapkan rasa makanan dan minuman mereka serta pengalaman kulinari mereka,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

 

 

gula

 

 

Dengan kualiti premium dan penampilan yang dipertingkatkan, Better White sesuai untuk sebarang momen manis.

 

Sama ada secawan kopi, pencuci mulut buatan sendiri atau minuman yang menyegarkan, gula premium ini meningkatkan rasa dan persembahan sebarang masakan.

 

Khususnya, untuk industri bakeri, Better White akan menghasilkan produk bakeri lebih putih dan kelihatan lebih menarik agar menarik minat pengguna.

 

Better White boleh didapati di seluruh negara pada harga RM3.85 untuk pek 800 gram (Malaysia Barat) dan RM4.05 (Malaysia Timur) mulai pertengahan Ogos 2023.

 

Ini merupakan satu lagi pencapaian CSR susulan kejayaan pelancaran CSR Better Brown di Malaysia dan Singapura.

 

Maklumat lanjut tentang Better White dan produk CSR lain boleh dilayari di laman web www.csr-malaysia.com.my.- DagangNews.com