Cukuplah berjogging, berbasikal seorang sahaja - PM | DagangNews Skip to main content

Cukuplah berjogging, berbasikal seorang sahaja - PM

Berbasikal

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pengasingan diri dalam tempoh Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 sehingga 26 Januari 2021 pastinya memberi tekanan terhadap kesihatan mental.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, orang ramai bagaimanapun masih diberi kebenaran untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja.

 

"Pastikan jarak anda dari orang lain adalah dua meter setiap masa.

 

"Kalau hendak berjogging, jangan lebih daripada dua orang dan kalau berbasikal, janganlah secara berkumpulan. Cukuplah seorang sahaja," saran beliau.

 

Beliau berkata demikian dalam satu perutusan khas pelaksanaan PKP hari ini.

 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksakan semula bermula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. 

 

Perintah tersebut dikenakan ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. 

 

Baca: Kebimbangan terjawab, 6 negeri dikenakan PKP selama 14 hari. - DagangNews.com