Dagangan Bursa Malaysia separuh hari Khamis ini, Jumaat ‘cuti’ | DagangNews Skip to main content

Dagangan Bursa Malaysia separuh hari Khamis ini, Jumaat ‘cuti’

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Bursa Malaysia Berhad mengumumkan sesi dagangan pada Khamis (11 Februari 2021) ini bakal berlangsung hanya untuk separuh hari. 

 

Sementara itu, Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada hari Jumaat sempena perayaan Tahun Baru Cina. 

 

“Dagangan di Bursa Malaysia hanya akan dibuka untuk sesi pagi sahaja. Tiada dagangan pada sesi tengah hari. 

 

“Bagaimanapun, perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian yang disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing ; perkhidmatan simpanan oleh Bursa Malaysia Depository; serta operasi penjelasan dan penyelesaian Bursa Malaysia Derivatives Berhad akan berjalan seperti biasa sehingga penghujung hari perniagaan itu,” jelas Bursa Malaysia dalam sebuah kenyataan hari ini. 

 

Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya akan menjalankan semula operasi pada Isnin, 15 Februari 2021. - DagangNews.com