Dagangan EVD dibuka dengan premium 23.8% berbanding harga rujukan 21 sen | DagangNews Skip to main content

Dagangan EVD dibuka dengan premium 23.8% berbanding harga rujukan 21 sen

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Julai - EVD Berhad yang mengambil alih status penyenaraian iDimension Consolidated Berhad selepas selesai pelan regularisasi, dibuka pada harga 26 sen di Pasaran ACE Bursa Securities pada 1 Julai 2022 iaitu 23.8% lebih tinggi daripada harga rujukan 21 sen.

 

Jumlah dagangan pembukaan berjumlah 1.185 juta dan permodalan pasaran kumpulan mencecah RM99.3 juta selepas penyenaraiannya.

 

EVD terlibat dalam penyediaan penyelesaian sistem teknologi maklumat dan komunikasi, memberi tumpuan terutamanya kepada penyelesaian sistem pengangkutan.

 

Melalui pelan regularisasi iDimension yang merangkumi penyatuan saham, penempatan persendirian, terbitan hak, pembelian pengurusan, pengambilalihan anak syarikat milik penuh EVD, iaitu EV-Dynamic Sdn Bhd (EVD) dan EVD Engineering Sdn Bhd ( EVE), bursa sekuriti dan pemindahan status penyenaraian, EVD akhirnya mengambil alih status penyenaraian iDimension.

 

Penempatan persendirian, terbitan hak dan pembelian pengurusan secara kolektif  berjaya meraih hasil kasar sebanyak RM26.64 juta, yang akan digunakan untuk penyelesaian sebahagian daripada pertimbangan pembelian bagi pemerolehan EVE, keperluan modal kerja kumpulan EVD dan anggaran perbelanjaan berhubung dengan rancangan regularisasi.

 

BACA JUGA: Idimension Consolidated Berhad dinyahsenarai dari Pasaran ACE, diganti EVD Berhad

 

Pengarah Eksekutif EVD, Mah Seong Huat berkata, pendigitalan ekonomi dan kepantasan evolusi teknologi berjaya membuka banyak peluang kepada mereka terutama dalam industri penyelesaian sistem pengangkutan yang semakin berkembang di Malaysia.

 

"Peluang itu bakal mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 9.9%, daripada RM1.78 bilion pada 2022 kepada RM2.15 bilion pada 2024," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Syarikat itu juga berhasrat untuk memanfaatkan peluang yang tercipta daripada projek kereta api, sistem transit rel bandar dan projek lebuh raya yang diangunkan di Malaysia.

 

Kumpulan itu juga akan memanfaatkan prestasi cemerlangnya di Malaysia bagi meneroka pasaran serantau terutamanya Asia Tenggara.

 

EVD juga berhasrat untuk meluaskan rangkaian penyelesaian sistem pengangkutannya untuk jenis infrastruktur pengangkutan yang lain. - DagangNews.com