'Dakwah Jalanan Interaktif' bantu mahasiswa USIM sebar pengetahuan kewangan Islam kepada komuniti | DagangNews Skip to main content

'Dakwah Jalanan Interaktif' bantu mahasiswa USIM sebar pengetahuan kewangan Islam kepada komuniti

Dakwah Jalanan Interaktif bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang kewangan Islam kepada komuniti di Taman Tasik Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Jan - Seramai 13 mahasiswa Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melaksanakan projek 'Dakwah Jalanan Interaktif' bagi menyebarkan pengetahuan tentang kewangan Islam kepada komuniti di Taman Tasik Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

 

USIM berkata, para pelajar yang dibahagikan kepada empat kumpulan itu menyajikan permainan interaktif tentang takaful, zakat, perbankan Islam dan pelaburan patuh syariah.

 

Katanya, sebagai contoh, 'Permainan Teng-Teng Informatif' menggabungkan elemen permainan tradisional teng-teng dengan pertanyaan berkenaan takaful, manakala 'Permainan Roda Impian' membawa pemain melalui konsep-konsep perbankan Islam. 

 

"'Permainan Papan Zakat Board' membuka pintu kepada kanak-kanak untuk memahami konsep zakat dengan cara yang menyeronokkan, manakala 'Permainan Kotak Bertuah' memperkenalkan pelaburan dan pinjaman patuh syariah melalui pendekatan yang interaktif dan mudah difahami. 

 

"Inisiatif ini diharapkan bukan hanya menghibur, tetapi juga memberikan pemahaman mendalam tentang nilai-nilai kewangan Islam," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Menurut kenyataan itu, lebih daripada 40 orang awam terlibat memberikan respon positif terhadap permainan interaktif yang disediakan. 

 

Katanya, masyarakat memberikan pujian kepada inisiatif pelajar USIM itu, yang mana mengakui perlunya interaksi antara mahasiswa dan orang awam untuk membentuk mahasiswa holistik.

 

 

usim

 

 

usim

 

 

"Pelajar-pelajar ini sendiri memberikan refleksi yang bermakna melalui projek ini. Mereka dapat menyelami persepsi masyarakat terhadap kewangan Islam dan membetulkan pemahaman mereka yang salah," katanya.

 

 

usim

 

 

Katanya, mereka berpuas hati dengan respon positif masyarakat dan berharap inisiatif mereka akan menjadi tonggak bagi projek serupa pada masa hadapan, mendorong mahasiswa lain untuk melibatkan diri dalam penyampaian ilmu kepada warga komuniti melalui pelbagai medium dan kaedah. - DagangNews.com