'Dana Principal e-Cash' penyelesaian pelaburan digital terbaharu | DagangNews Skip to main content

'Dana Principal e-Cash' penyelesaian pelaburan digital terbaharu

Munirah Khairuddin

Munirah Khairuddin.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Mac. - Syarikat pengurusan pelaburan, Principal Asset Management Berhad (Principal) melancarkan produk pelaburan terbaharu yang dikenali sebagai Dana Principal e-Cash.

 

Principal berkata, pelancaran produk secara digital itu merupakan usaha pihaknya untuk menjadikan pelaburan dapat diakses dan mudah.

 

"Dana Principal e-Cash akan disediakan melalui hasil kerjasama strategik bersama sebuah syarikat kumpulan Touch ‘n Go iaitu TNG Digital Sdn. Bhd. (TNG Digital).

 

"TNG Digital merupakan pemilik dan pengendali aplikasi pembayaran digital yang terkemuka di Malaysia, Touch ‘n Go eWallet," jelas Principal dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Principal, Munirah Khairuddin berkata, 
beliau teruja dengan kerjasama bersama Touch ‘n Go yang menyaksikan kepentingan teknologi dalam kehidupan.

 

"Kerjasama jangka panjang ini disusun bagi mempercepatkan pengembangan penyelesaian pelaburan eWallet kepada rakyat Malaysia.

 

"Memenuhi keperluan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kewangan mereka, setiap rakyat Malaysia kini boleh mula melabur dan membudayakan amalan pelaburan, menyimpan dan berbelanja," katanya.

 

Principal kekal komited dalam transformasi digitalnya bagi mewujudkan penyelesaian yang menyeluruh sekali gus membantu rakyat Malaysia membuat simpanan yang cukup dan mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

 

Pada 2019 lalu, Principal telah memperkenalkan dana terpilih melalui platform pelaburan dalam talian layan diri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Invest.

 

Dana berkenaan membuka peluang pelaburan digital bagi keperluan persaraan. - DagangNews.com