Dasar Tenaga Negara dilancar pada 2H21 | DagangNews Skip to main content

Dasar Tenaga Negara dilancar pada 2H21

Mustapa Mohamed

Mustapa Mohamed.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Mac. - Dasar Tenaga Negara dijangka akan dilancarkan pada separuh kedua 2021 (2H21).

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dokumen berkenaan yang kini berada di peringkat akhir rangkaan akan dilancarkan bersama rancangan tindakan khusus.

 

"Kerajaan Malaysia melalui Unit Perancang Ekonomi kini berada di tahap akhir rangkaan Dasar Tenaga Nagara.

 

"Dokumen ini bersama rancangan tindakan khusus akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2021.

 

"Ia akan menjadi panduan kepada perancangan dan pengembangan bagi sektor tenaga ke arah masa hadapan yang rendah karbon," jelasnya.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Persidangan Teknologi Petroleum Antarabangsa (IPTC) ke-13 yang dijanlankan secara maya hari ini.

 

Dalam penganjuran IPTC ke-12 lalu, persidangan tersebut dijalankan di Dhahran, Arab Saudi.

 

Tambah beliau, meskipun IPTC kali ini dijalankan secara maya, persidangan tersebut berjaya disertai oleh lebih 3,000 ahli profesional dalam bidang tenaga.

 

Dalam ucapan sama, beliau memberitahu, sektor minyak dan gas turut menerima impak wabak COVID-19 pada tahun lalu.

 

Katanya, permintaan minyak global menurun sekitar 9% pada tahun lalu kepada 91 juta tong sehari berbanding 100 juta tong pada tahun sebelumnya.

 

Susulan itu juga, harga minyak turut mengalami kejatuhan di bawah paras AS$20 setong pada April 2020.

 

Bagi jangka masa panjang, kadar peralihan tenaga yang dipercepat akan membuka jalan kepada ekonomi dan pemain industri untuk memberi tumpuan kepada sumber tenaga bersih dan lestari.

 

"Dengan komitmen pemain industri dan negara untuk mencapai masa hadapan sifar karbon, kami menjangkakan akan dapat melihat pertumbuhan pesat sumber tanaga bukan tradisional termasuk hidrogen dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi," tambah beliau. - DagangNews.com