Dayang terima lanjutan kontrak penyelenggaran sehingga Disember 2024 daripada PTTEP | DagangNews Skip to main content

Dayang terima lanjutan kontrak penyelenggaran sehingga Disember 2024 daripada PTTEP

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 18 Sept - Dayang Enterprise Holdings Bhd telah memperoleh lanjutan kontrak peruntukan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia (PM-MCM) daripada PTTEP Sarawak Oil Limited and PTTEP Sabah Oil Limited (PTTEP).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Dayang berkata lanjutan kontrak itu telah diterima oleh anak syarikatnya, Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) bagi tempoh setahun lima setengah bulan.

 

“Nilai kontrak tersebut adalah berdasarkan pesanan kerja yang dikeluarkan oleh PTTEP sepanjang tempoh kontrak.

 

“Tempoh lanjutan kontrak adalah lebih kurang satu tahun, lima setengah bulan bermula dari 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2024,” katanya.

 

Dayang berkata kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatan DEHB sepanjang tempoh kontrak.

 

 Saham Dayang ditutup tinggi 4 sen atau 2.2% pada RM1.87 dengan permodalan pasarannya berjumlah RM2.17 bilion. - DagangNews.com