Divfex raih kontrak bernilai RM16.4 juta bagi pemasangan peralatan pusat data Extreme Broadband | DagangNews Skip to main content

Divfex raih kontrak bernilai RM16.4 juta bagi pemasangan peralatan pusat data Extreme Broadband

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Dis - Divfex Berhad menerusi Excel Commerce Solutions Sdn. Bhd. meraih kontrak bernilai RM16.4 juta bagi membekal dan memasang peralatan pusat data untuk Extreme Broadband Sdn. Bhd. 

 

Extreme Broadband diperbadankan di Malaysia pada 5 Mei 2005 dan telah menjalankan perniagaan menyediakan penyepaduan sistem, pembangunan aplikasi, perkhidmatan berkaitan perundingan rangkaian, pengurusan pusat data, perkhidmatan pemulihan bencana, sokongan penyelenggaraan dan perkhidmatan berkaitan IT lain di negara ini.

 

"Pembekalan dan pemasangan peralatan pusat data akan bermula pada penghujung Disember 2023 dan dijangka siap pada 30 Jun 2024," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham yang besar dalam syarikat.

 

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. - DagangNews.com