Dividen sesaham FY21 Maybank dijangka 54 sen | DagangNews Skip to main content

Dividen sesaham FY21 Maybank dijangka 54 sen

Maybank

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pembayaran kadar dividen Malayan Banking Berhad (Maybank) dijangka pada harga 54 sen sesaham bagi tahun kewangan 2021 (FY21).

 

MIDF Research berkata, jangkaan itu turut mengambil kira kadar dividen interim yang diumumkan kumpulan berkenaan semalam.

 

"Kumpulan mengumumkan dividen interim sebanyak 28 sen sesaham dengan peruntukan tunai 50%. Dividen berkenaan seiring dengan jangkaan kami.

 

"Bagi tahun kewangan 2021, kami menjangkakan dividen adalah sebanyak 54 sen sesaham," jelas MIDF Research.

 

Dalam pengumuman prestasi kewangan syarikat semalam, Maybank merekodkan perolehan sebanyak RM4.35 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan 2021 (1HFY21).

 

Baca: Untung bersih Q2 Maybank susut 18% berbanding Q1 ekoran COVID-19

 

Keuntungan bersih kumpulan berkenaan pula meningkat 45.6% pada separuh pertama 2021.

 

Perolehan bagi tempoh sama meningkat lebih dari 100% disebabkan oleh gabungan pendapatan yang meningkat (-5.1% yoy) serta peruntukan yang lebih rendah (-152% yoy).

 

Keuntungan bersih pada suku kedua pula susut 18% kepada RM2.0 bilion.

 

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Research (HLInvest) memberitahu, pihaknya menjangkakan margin faedah bersih (NIM) akan kekal stabil tanpa pengurangan OPR selain pertumbuhan pinjaman yang kekal berdaya tahan seiring pembukaan semula ekonomo negara secara beransur-ansur di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

HLInvest mengakalkan saranan 'beli' saham Maybank dengan harga sasaran sesaham (TP) RM9.40.

 

Dalam pada itu, AmInvest Research turut mengekalkan saranan 'beli' terhadap Maybank dengan semakan semula TP sebanyak RM9.90 berbanding RM10.40 pada sebelumnya. - DagangNews.com