DNeX sasar RM641.91 juta menerusi penempatan persendirian | DagangNews Skip to main content

DNeX sasar RM641.91 juta menerusi penempatan persendirian


KUALA LUMPUR 6 Mei - Dagang Nexchange Bhd (DNeX) menjangka untuk mengumpul kira-kira RM641.96 juta melalui cadangan penerbitan saham penempatan baharu yang mewakili 30% daripada jumlah saham terbitannya yang sedia ada.

 

Cadangan penempatan persendirian  adalah berdasarkan harga terbitan indikatif sebanyak 72 sen sesaham, kata syarikat perkhidmatan teknologi maklumat dan kemudahan perdagangan dalam surat pekeliling yang dihantar kepada pemegang saham.

 

Ketika DNeX mengumumkan cadangan penempatan buat kali pertama pada 31 Mac, ia telah menggunakan harga terbitan indikatif 78.6 sen sesaham penempatan.

 

Syarikat itu berkata, semua hasil selain RM20,000 untuk modal kerja dan RM3,500 untuk anggaran perbelanjaan berkaitan penempatan itu akan digunakan untuk pengambilalihan dan/atau pengembangan atau pelaburan perniagaan lain.

 

"Hasil tersebut diharapkan dapat membolehkan  kumpulan untuk mengekalkan tahap tunai dan eksibiliti yang mencukupi bagi  peruntukan kewangan untuk keperluan operasi dan kewajiban jangka pendek dan liabiliti," katanya, lapor Bernama.

 

DNeX berkata hasilnya juga akan membolehkan kumpulan itu menjalankan operasi hariannya dengan lebih cekap dan tepat pada masanya. - DagangNews.com