Dua pemegang saham terbesar G3 Global jual 4.77% kepentingan | DagangNews Skip to main content

Dua pemegang saham terbesar G3 Global jual 4.77% kepentingan

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 8 Sept - Dua pemegang saham terbesar G3 Global Bhd, Datuk Khan Mohd Akram Khan dan Datuk Wan Khalik Wan Muhammad telah melupuskan 4.77% kepentingan dalam syarikat itu melalui syarikat pelaburan mereka.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat mereka iaitu Global Man Capital Sdn Bhd melupuskan pegangan sebanyak 180 juta saham pada Selasa.

 

Pelupusan itu mengurangkan kepentingan kedua-dua pemegang saham terbabit dalam syarikat tersebut kepada 9.24% atau 348.67 juta saham.

 

 

Datuk Wan Khalik Wan Muhammad
Datuk Khan Mohd Akram Khan (Gambar ihsan FB AGA Group)

 

Datuk Wan Khalik Wan Muhammad
Datuk Wan Khalik Wan Muhammad

 

 

Sebelum urus niaga berkenaan, Khan dan Wan Khalik merupakan pemegang saham terbesar G3 Global dengan 14.01% kepentingan dalam syarikat itu.

 

Selepas pelupusan, pemegang saham terbesar G3 Global ialah Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Aminul Islam Abdul Nor dengan 14.25% pegangan melalui Greenfield Hills Sdn Bhd, isteri dan anak lelakinya.

 

Setakat pukul 10 pagi ini, saham G3 Global tidak berubah pada 2.5 sen, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM94.3 juta. - DagangNews.com