Dyson tamatkan kontrak dengan ATA berhubung isu buruh paksa | DagangNews Skip to main content

Dyson tamatkan kontrak dengan ATA berhubung isu buruh paksa

 

KUALA LUMPUR 25 Nov - Dyson menamatkan kontrak dengan pembekal ATA IMS Bhd. (ATA IMS) selepas proses audit terhadap syarikat Malaysia itu mendapati berlakunya kesalahan dari segi penggunaan tenaga kerja, kata syarikat yang terkenal dengan produk vakum berteknologi tinggi.

 

ATA bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen selepas disiasat oleh Amerika Syarikat berhubung penggunaan buruh paksa namun menafikan perkara itu sebelum ini.

 

Saham ATA mencatatkan penurunan sebanyak 30% peratus ke tahap paling rendah sejak April 2020 selepas Reuters mengeluarkan laporan berkenaan.

 

Syarikat yang mengeluarkan alat ganti vakum dan pembersih udara itu meraih lebih 80% hasil daipada produk Dyson.

 

Penamatan kontrak itu juga memberi kesan besar kepada Malaysia sebagai hab pengeluaran barangan elektronik kerana berdepan masa depan tidak menentu selepas menjadikan warga asing sebagai tenaga kerja terbesar dalam sektor perkilangan. 

 

Dyson yang dimiliki hartawan British, James Dyson berkata, mereka menerima keputusan audit mengenai suasana kerja di ATA pada awal Oktober.

 

Difahamkan, pada September lalu mereka mengetahui mengenai pertuduhan itu daripada pemberi maklumat di kilang ATA dan meminta pihak peguam untuk menyiasat tuduhan itu.

 

"Walaupun kami kerap berhubung sejak enam minggu lalu tetapi perkembangan yang ditunjukkan tidak memuaskan dan kami sudah menghentikan sebahagian produk pengeluaran.

 

"Kami juga sudah menamatkan kontrak menerusi notis enam bulan. Kami berharap dapat memberikan ruang kepada ATA untuk memperbaiki segala kelemahan berkaitan tenaga kerja," kata ibu pejabat Dyson yang berpangkalan di Singapura kepada Reuters.

 

Mei lalu, ATA menafikan tuduhan mereka menggunakan buruh paksa di kilang mereka selepas aktivitis terkemuka memberitahu pihak berkuasa AS akan meneliti amalan kerja syarikat itu.

 

Aktivis berkenaan, Andy Hall berkongsi sekeping surat daripada Jabatan Kastam dan Kawalan Sempadan AS (CBP) bahawa mereka bersetuju untuk menyiasat dakwaan itu selepas menerima aduan daripada pekerja

 

CBP mengeluarkan perintah larangan kepada enam firma Malaysia sejak dua tahun lalu untuk menjual produk mereka di AS selepas didapati menggunakan khidmat buruh paksa.

 

Pada Julai lalu, pihak berkuasa AS meletakkan Malaysia dalam senarai bersama sejumlah negara lain termasuk China dan Korea Utara kerana selepas gagal membersihkan nama daripada pertuduhan pemerdagangan orang.

 

Kebanyakan tenaga kerja asing yang bekerja di Malaysia adalah dari Bangladesh serta Nepal dan mereka berkerja di sektor perkilangan, peladangan dan tapak pembinaan.-Dagangnews.com