KUALA LUMPUR 12 Sept - EasyParcel melancarkan kempen menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dengan memberikan diskaun dan promosi sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-10.
Pelancaran kempen itu juga menandakan kejayaan syarikat yang telah berkhidmat kepada lebih 1.5 juta pengguna tempatan.
Kempen tersebut menyasarkan kepada beberapa pelanggan PKS terawal EasyParcel yang membentuk tulang belakang ekonomi negara.
Ketua Pegawai Eksekutif EasyParcel,Clarence Leong mengulas tentang misi syarikat menawarkan rumusan yang lancar dan boleh diakses dalam perkhidmatan penghantaran.
"Kami berbangga EasyParcel telah membantu lebih 1.5 juta individu dan pemilik perniagaan supaya perniagaan mereka lebih mudah dan cekap,” kata beliau.
Sejak 10 tahun perniagaan, EasyParcel telah berkembang menjadi platform tempahan perkhidmatan kurier tempatan dan serantau terbesar.
EasyParcel menjelaskan, syarikat secara konsisten menyokong PKS mikro dengan menyediakan perkhidmatan logistik, memudahkan proses penghantaran mereka dan menyesuaikan diri dengan keperluan mereka.
Sehingga 2024, syarikat itu berkata, ia telah membantu pelanggan dan usahawan PKS menjimatkan RM 343 juta.
"Kami memudahkan lebih 86 juta sebut harga penghantaran di seluruh dunia, memberi perkhidmatan kepada 2.5 juta pelanggan di seluruh dunia dan mengurangkan lebih 62 juta keping sisa plastik melalui penggunaan risalah pembungkusan yang boleh dikitar semula.
Ciri perkhidmatan unik platform, seperti penjejakan bersepadu dan pilihan kurier fleksibel, telah memainkan peranan penting dalam memudahkan cabaran logistik dan memenuhi keperluan PKS mikro yang semakin berkembang.
Salah seorang pelanggan EasyParcel, Pengasas Koleksi Thasselz, Sangeetha Radhakrishnan berkata, syarikat itu membantu usahawan dalam talian terutamanya bagi memudahkan penghantaran kepada pelanggan kami di dalam dan luar Malaysia.
"Platform ini membolehkan kami menumpukan kepada perkembangan perniagaan kami dan memastikan kepuasan pelanggan,” ulas beliau.- DagangNews.com