KUALA LUMPUR 25 Mac - Sempena bulan Ramadan, platform e-dagang, EasyStore melancarkan kempen Raya-Bergaya Easy Deals untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama bagi mereka yang berhasrat menarik perhatian pengguna yang menggemari pelbagai produk di bazar Ramadan.
Kempen tersebut menawarkan peniaga akses untuk menggunakan platform pelbagai saluran jualan holistik mereka pada kadar yang lebih rendah dan banyak manfaat.
Dengan slogan “Gandakan Jualan Raya Anda”, ia satu inisiatif EasyStore untuk membantu PKS terutamanya jenama-jenama yang mempunyai kedai fizikal atau kedai dalam talian seperti di Lazada, Shopee atau mana-mana saluran media sosial dan platform lain.
Jenama-jenama tersebut boleh mendapat lebih banyak jualan bukan sahaja melalui kedai fizikal mereka malah dengan jualan dalam talian.
Sepanjang kempen Raya-Bergaya Easy Deals, kesemua perusahaan ini dapat menggunakan platform EasyStore tanpa perlu membayar harga yang mahal untuk menguruskan perniagaan dalam talian dan mereka dapat menggunakan kesemua 7 saluran jualan hanya dari satu sistem sahaja.
Platform EasyStore bukan hanya memperkasa perusahaan untuk melakukan jual beli melalui laman sesawang sendiri, malah mereka juga dapat menggunakan saluran media sosial yang popular seperti WhatsApp, Instagram, Facebook, Facebook Live, Messenger dan lain-lain.
Bermula sekarang sehingga 4 Mei 2022, peniaga yang ingin melanggan pelan tahunan EasyStore melalui kempen ini akan menikmati potongan harga sehingga 49%.
Peniaga juga dapat menikmati pelbagai faedah eksklusif daripada pelbagai rakan kongsi EasyStore seperti penyedia perkhidmatan beli dulu bayar kemudian, Atome serta penyedia penyelesaian chat pemasaran automatik Novochat melalui kempen tawaran ‘Easy’ Raya-Bergaya ini.
Ketua Pegawai Eksekutif EasyStore, Frost Chen berkata, pihaknya faham kerisauan PKS dan pemilik syarikat pemula atau startup yang berhati-hati untuk mengembangkan saluran jualan perniagaan mereka memandangkan harga yang ditawarkan pasaran adalah sangat tinggi.
"Oleh itu, kami menyasarkan PKS yang benar-benar ingin mencari penyelesaian untuk menjual di pelbagai saluran jualan dalam talian di samping dapat mengurus pesanan mereka dengan mudah dan cekap tanpa perlu membayar langganan yang mahal.
"Apa yang kami ingin mereka capai melalui pakej Tawaran ‘Easy’ Raya-Bergaya ini adalah perkembangan perniagaan dengan kos yang rendah dan mendapat pulangan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan faedah tambahan ditawarkan EasyStore kepada peniaga yang mendaftar sempena bulan Ramadan ini, ia adalah masa paling sesuai untuk meningkatkan tahap perniagaan ke peringkat lebih luas melalui digitalisasi. - DagangNews.com