KUALA LUMPUR 6 April - Pengeluar sarung tangan Riverstone Holdings mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya Eco Medi Glove bakal membeli enam bidang tanah perindustrian pegangan pajak dengan keluasan tanah kira-kira 7.4 hektar (18.33 ekar) yang terletak di kawasan perindustrian di Taiping, Perak.
Pertimbangan sebanyak RM17.57 juta (S$5.66 juta) telah diperoleh berdasarkan rundingan komersil atas dasar "pembeli yang sanggup, penjual yang bersedia" dengan mengambil kira, antara lain, nilai pasaran hartanah serupa di kawasan itu.
Pemerolehan ini akan dibiayai melalui sumber dalaman kumpulan, kata syarikat itu dalam pemaklumannya di Bursa Saham Singapura..
Menurut kumpulan itu, ruang tanah ini akan membantu menyokong pengembangan kapasiti pengeluarannya untuk sarung tangan dan operasi kumpulan.
Riverstone merupakan syarikat senaraian awam Singapura yang ditubuhkan pada 1989, dan memiliki kilang pembuatan sarung tangan getah masing-masingnya satu di Thailand, China dan di Malaysia.
Kilang Eco Media Glove yang dibina di Taiping, Perak pada tahun 2010, merupakan kilang yang dilengkapi dengan kemudahan canggih bagi mengeluarkan produk berkualiti premium syarikat itu. - DagangNews.com