Edaran Tan Chong Motor perkenal Nissan Serena S-Hybrid 2022 | DagangNews Skip to main content

Edaran Tan Chong Motor perkenal Nissan Serena S-Hybrid 2022

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jun - Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan memperkenalkan Nissan Serena S-Hybrid Highway Star 2.0L pada harga di bawah RM156,000 dan Premium Highway Star 2.0L pada harga di bawah RM165,000 tanpa insurans. 

 

Kedua-dua model berkenaan kini sudah berada di semua bilik pameran dan penghantaran pertama akan dilakukan pada Julai 2022.

 

ETCM menggalakkan orang ramai membuat tempahan awal (deposit minimum RM1,000) untuk melengkapkan tempahan di dalam sestem selain membantu kilang menghasilkan produk dengan lebih cekap tanpa perlu menunggu lama akibat gangguan bekalan semikonduktor serta penghantaran global. 

 

"Bagi mereka yang membuat tempahan awal, ETCM menawarkan pakej istimewa bagi menjimatkan perbelanjaan pemilik.

 

"Pemilik kenderaan akan diberikan lima perkhidmatan penyelenggaraan percuma (termasuk alat ganti dan upah) bagi 10,000 kilometer (km), 30,000 km, 50,000 km, 70,000 km and 90,000 km.

 

"Tempoh waranti yang diberikan juga adalah sehingga lima tahun tanpa mengira perbatuan," ETCM dalam satu kenyataan, hari ini.

 

nissan

 

Selain gaya yang premium dan teknologi keselamatan terkini, model baharu itu dilengkapi dengan Dwi Pintu Belakang, Pintu Gelangsar Dwi Kuasa Bebas Tangan di kedua-dua bahagian selain dilengkapi dengan 7 port USB. 

 

Ruang dalaman yang besar dilengkapi 13 Konfigurasi Tempat Duduk dengan Kerusi Kapten di barisan kedua dengan tempat letak tangan individu untuk keselesaan,

 

Bagi mengekalkan kualiti premium bahan yang digunakan adalah kombinasi kulit Nappa untuk setiap kerusi.

 

Dilengkapi dengan tujuh tempat duduk model itu didatangkan dengan Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang dilengkapi sistem Active Safety and Passive Safety.

 

Model itu juga dilengkapi dengan Ramalan Pintar Amaran Perlanggaran Hadapan, Brek Perlanggaran Hadapan Pintar, Amaran Pelepasan Lorong, Amaran Titik Buta dan Makluman Lalu Lintas Rentas Belakang selain dilengkapi Monitor Around View (kamera 360).

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh hadir ke pusat pameran berhampiran atau lawati laman web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau hubungi pusat khidmat pelanggan 1800-88-3838. - DagangNews.com