edotco masuk ke pasaran Indonesia menerusi pengambilalihan 1,000 menara telekomunikasi daripada XL Axiata | DagangNews Skip to main content

edotco masuk ke pasaran Indonesia menerusi pengambilalihan 1,000 menara telekomunikasi daripada XL Axiata

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Mac - Syarikat perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi terkemuka Asia, edotco Group mengesahkan kemasukannya ke pasaran Indonesia selepas pengambilalihan kira-kira 1,000 menara daripada XL Axiata menerusi perjanjian bernilai RM219 juta menerusi syarikat tempatannya, PT edotco Infrastruktur Indonesia.  

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian, edotco akan mengambil alih 859 menara telekomunikasi menerusi jualan serta pajakan semula dan memetrai perjanjian pengurusan untuk 162 tapak tambahan dengan pembinaan mengikut keperluan XL Axiata.

 

Menerusi transaksi itu, kumpulan itu akan hadir di semua pulau utama di Inonesia seperti Jawan, Sumatera, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Indonesia Timur.

 

Ketua Pegawai Eksekutif edotco Group, Adlan Tajudin berkata, pihaknya bekerja keras sejak pertengahan 2021 untuk memasuki pasaran Indonesia termasuk merangka strategi khusus untuk kemasukan perigkat awal.

 

"Pengambilalihan ini akan mempercepatkan strategi kami dalam menjadi lima syarikat utama dalam Global TowerCo dan menjadikan kami antara menara dan pasaran telekomunikasi yang utama di Asia.

 

"Sasaran kami adalah untuk berkembang dengan pantas dan menjadi antara peneraju pasaran telekomunikasi di Indonesia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menerusi transaksi itu, edotco berada dalam sembilan pasaran di seluruh Asia dengan portfolio melebihi 50,000 menara di bawah operasinya.

 

Kumpulan itu juga bakal memanfaatkan perkhidmatan pemantauan masa nyata yang akan membantu meningkatkan kecekapan operasinya. - DagangNews.com