Ekonomi global diunjur berkembang lebih perlahan pada 2H22 | DagangNews Skip to main content

Ekonomi global diunjur berkembang lebih perlahan pada 2H22

KUALA LUMPUR 7 Jun - Ekonomi global dijangka terus mencatatkan pertumbuhan positif pada separuh kedua 2022 (2H22) pada kadar yang lebih perlahan dan kemelesetan ekonomi tidak mungkin berlaku.

 

Ketua Pegawai Pelaburan Perbankan Swasta Global dan Kekayaan HSBC Asia, Fan Cheuk Wan berkata, pihaknya tidak mengunjurkan sebarang kemelesetan ekonomi dalam ekonomi utama melainkan Rusia kerana terlibat dengan sekatan ekonomi.

 

"Apabila kami melibat perkembangan pasaran bon, tidak kelihatan sebarang unsur negatif dan kami menjangkakan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi akan berkurangan menjelang separuh kedua tahun ini," katanya semasa sesi taklimat secara dalam talian mengenai Tinjauan Pelaburan 2H22 HSBC, lapor The Edge.

 

Cheuk Wan menjangkakan ekonomi global akan berkembang perlahan pada kadar 3.4% tahun ini dan 2.9% pada tahun hadapan akibat kebimbangan pasaran terhadap inflasi dan pasaran kewangan yang lebih ketat.

 

Jumlah yang diunjurkan itu adalah jauh lebih rendah berbanding perkembangan global sebanyak 5.8% pada 2021.

 

"Tekanan inflasi global semakin reda tetapi secara perlahan tetapi ia menjadi sukar akibat gangguan rantaian bekalan serta gangguan tenaga global," katanya.

 

Inflasi global secara beransur-ansur mereda tetapi perlahan-lahan kerana ia menjadi lebih melekit akibat gangguan rantaian bekalan dan kejutan tenaga global,”

 

Beliau berkata, walaupun kadar inflasi global diunjurkan kekal pada paras 7.1% tahun ini, ia akan menurun kepada 5.1% pada tahun hadapan.

 

Katanya, tinjauan terhadap kadar inflasi di rantau Asia adalah lebih terkawal berbanding tekanan di Amerika Syarikat dan Eropah.

 

Cheuk Wan berkata, terdapat beberapa faktor mendorong terhadap pengurangan ketakutan terhadap inflasi global menjelang separuh kedua 2022 termasuk penyambungan semula aktiviti ekonomi di China, pemulihan ekonomi di Asia Tenggara selepas pandemik dan potensi pelaburan besar di peringkat global.

 

"Paling penting adalah setiap negara memiliki kitaran ekonomi yang berbeza.

 

"Ketika berlaku stagflasi di zon Eropah kerana impak daripada konflik Rusia-Ukraine, Asia mencatatkan perkembangan ekonomi yang positif terutama di Asia Tenggara," katanya. - DagangNews.com