Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pertumbuhan eksport negara dijangka terus mengukuh untuk beberapa bulan akan datang.
Ambank Researh berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada prestasi eksport negara yang mempunyai kesan asas yang tinggi.
"Permintaan luar dilihat semakin pulih secara beransur-ansur. Dan kami jangkakan pertumbuhan eksport kekal kukuh dalam beberapa bulan mendatang kerana kesan asas yang tinggi.
"Bagaimanapun, kekuatan keseluruhan perdagangan untuk separuh kedua 2020 bergantung kepada kesinambungan permintaan dan risiko jangkitan gelombang kedua COVID-19," jelas Ambank Researh.
Eksport negara mencatatkan peningkatan 3.1% pada Julai dengan pertambahan sebanyak 8.0% berbanding tahun lalu pada Jun.
Bagaimanapun, prestasi import negara menurun untuk bulan kelima berturut-turut iaitu -8.7% berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah tersebut adalah lebih rendah sebanyak -5.6% berbanding Jun tahun 2019.
Situasi tersebut menjadikan jumlah lebihan dagangan semakin melebar daripada RM20 bilion kepada RM25.1 bilion pada Jun.
Jumlah lebihan dagangan itu juga adalah lebihan dagangan bulanan yang tertinggi dalam rekod.
Eskport negara menerima sumbangan positif daripada segmen elektrik dan elektronik dengan pertambahan 9.2% pada Julai.
Selain itu, keuntungan ketara turut disumbangkan oleh hasil eksport minyak sawit yang meningkat 43.2% pada Julai dan produk getah yang turut meningkat 93.9% berbanding tahun sebelumnya. - DagangNews.com