Elak Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Pelajari Seni Mempertahankan Diri | DagangNews Skip to main content

Elak Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Pelajari Seni Mempertahankan Diri

Di Malaysia, terdapat pelbagai terdapat jenis seni mempertahankan diri seperti taekwondo, seni silat, wushu, tinju dan sebagainya.
oleh Nadhira Aiza

JENAYAH seperti kes penculikan, ragut dan gangguan seksual pada zaman kini semakin menjadi-jadi dan menambah kebimbangan kepada rakyat yang juga membabitkan Wanita, kanak-kanak serta kaum lelaki.

 

Keutamaan diberikan kepada wanita dan kanak-kanak yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa ketika diserang.

 

Seni mempertahankan diri kini kurang mendapat perhatian daripada masyarakat terutamanya generasi muda, sedangkan seni mempertahankan diri adalah salah satu cara untuk melindungi diri daripada kes-kes tersebut daripada berlaku ke atas diri mereka.

 

Di Malaysia, terdapat pelbagai terdapat jenis seni mempertahankan diri seperti taekwondo, seni silat, wushu, tinju dan sebagainya.

 

Seni pertahanan diri adalah selamat secara amnya. Walau bagaimanapun, beberapa pergerakan yang didapati dalam seni mempertahankan diri boleh menyebabkan kecederaan berlaku.

 

Bagi seorang wanita atau kanak-kanak, artikel ini berkemungkinan dapat membantu serba sedikit dalam meningkatkan semangat untuk pelajari dan mencuba pengalaman baharu dalam seni mempertahankan diri.

 

Petua Keselamatan:

  1. Memanaskan badan, regangan dan penyejukan badan

Aktiviti memanaskan badan atau dikenali sebagai “warm up” adalah salah satu aktiviti fizikal yang dapat merenggangkan otot dan akan meningkatkan suhu badan sebelum memulakan aktiviti seni mempertahankan diri. Pemanasan badan haruslah dilakukan dengan Teknik yang betul sebelum menjalani aktiviti lasak terutama sekali pada bahagian kaki dan tangan.

 

 Penyejukan badan atau “cooling down” adalah sesi untuk suatu aktiviti fizikal yang dilakukan secara perlahan-lahan seperti berjalan atau membuat senaman ringan. Regangan yang dimulai dari bawah iaitu daripada bahagian kaki sehingga kepala juga dikira sebagai penyejukan badan.


 

parafrasa


 

  1. Memakai pakaian yang sesuai dengan situasi

Dalam seni mempertahankan diri, setiap jenis mempunyai pakaian seragam serta alat perlindungan yang tersendiri.

 

Antaranya ialah topeng muka bagi sukan lawan pedang, pelindung cawat, dan pad pelindung seperti dalam sukan taekwando. Setidaknya memakai pakaian sukan yang bersesuaian seperti kemeja-t dan seluar sukan. Tudung tidaklah terlalu besar dan labuh.

 

Kecederaan yang boleh berlaku semasa menyertai sukan seni mempertahankan diri:

  1. Seliuh dan terkehel

Sendi buku lali, lutut, siku dan lengan adalah antara anggota badan yang mudah terseliuh dan terkehel. Kecederaan pada sendi buku lali dan lutut boleh berlaku apabila seseorang terjatuh dalam posisi yang pelik. Manakala kecederaan siku dan pergelangan boleh berlaku akibat jatuh, menumbuk ataupun menghalang serangan.

 

Koyak otot biasanya berlaku pada otot-otot di paha. Ianya boleh diakibatkan oleh regangan otot secara tiba-tiba dan terlampau terutamanya jika tendangan tersasar.

 

  1. Lebam dan luka

Kecederaan seperti ini kerap berlaku semasa menjalan kelas seni mempertahankan diri kepada amatur mahupun pakar. Ketika berlawan, lawan mungkin tidak mengenakan sasaran yang tepat. Jadi, kecederaan seperti lebam dan luka boleh memberi pengalaman kepada pelajar.


 

parafrasa


 

  1. Kekejangan otot

Pemanasan penting untuk meningkatkan suhu badan dan meregang otot-otot badan sebelum digunakan sebelum menjalan aktiviti lasak.

 

 Latihan sendi dan tulang dapat menyebabkan kecederaan otot dan kecederaan sendi. Kecederaan sedemikian akan banyak mengganggu aktiviti dan mungkin sangat menyakitkan menyebabkan perlu rawatan perubatan.

 

  1. Kecederaan kepala

Semasa menjalani aktiviti seperti taekwando, jiujitsu, karate dan permainan yang banyak melibatkan tendangan dan tumbukan, pelajar haruslah fokus kepada sasaran yang tepat.

 

Gegaran otak boleh  berlaku jika kepala seseorang itu terhentak, ditendang ataupun ditumbuk.

 

Gejala yang sering dialami adalah seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, hilang fokus dan tumpuan serta kesukaran memori. Jurus yang memerlukan serangan yang mengakibatkan humbanan dan serangan kepada kepala adalah amat berisiko untuk menyebabkan gegaran otak.


 

parafrasa

 


Kesimpulannya, sukan seni mempertahankan diri sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terlibat dalam masalah gangguan seksual untuk bertindak berani kepada pelakunya.

 

Selain seni mempertahankan diri, wanita yang kerap keluar berseorangan juga boleh membeli alatan seperti penyembur lada ataupun alarm bagi memaklumkan orang sekeliling. Mereka juga boleh mempelajari strategi untuk menjerit meminta pertolongan sekiranya diserang.

 

Oleh itu, golongan Wanita perlu memberanikan diri untuk mempelajari seni mempertahankan diri bagi menyedari kemampuan mereka untuk melindungi diri dari sebarang perlecehan seksual. - DagangNews.com

 

Nadhira Aiza merupakan pelajar Program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia