Empat OPV buatan Jerman dipilih Singapura sebagai kapal rondaan dan pengawasan maritim baharu | DagangNews Skip to main content

Empat OPV buatan Jerman dipilih Singapura sebagai kapal rondaan dan pengawasan maritim baharu

OPV kelas Postdam milik polis Jerman.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 24 Nov - Singapura memilih empat kapal peronda luar pesisir (OPV) buatan Jerman untuk menggantikan kapal kelas Sentinel bagi tugas rondaan dan tindak balas cepat (MSRV).

 

Kementerian Pertahanan Singapura telah menandatangani kontrak dengan Fr. Fassmer GmbH & Co. KG untuk memperoleh kapal-kapal ini.

 

Penghantaran kapal baharu itu akan dibuat mulai tahun 2028 untuk mengambil alih peranan kapal-kapal kelas Sentinel secara berperingkat-peringkat.

 

Tentera Laut Singapura memilih kapal berdasarkan reka bentuk OPV 80 Fassmer seperti yang digunakan oleh pasukan polis Jerman untuk kapal peronda luar pesisir kelas Potsdam. 

 

Kapal
Dua kapal kelas Sentinel semasa melakukan rondaan.

 

Kapal
Meriam 25mm Typhoon.

 

Ciri-ciri utama pada OPV itu Ialah kemampuannya untuk beroperasi di perairan Singapura yang sesak.

 

Jika mengikut rekaan kapal kelas Postdam, ia mempunyai panjang 86.02 meter (m) dan lebar 13.42m.

 

Jentera utama kapal ialah dua enjin diesel Wartsila yang masing-masing menjana 4,080 kilowatt, ditambah dengan dua motor elektrik 600 kW dengan kelajuan tertinggi 21 knot.

 

Kapal tersebut dilengkapi selaras meriam BAE Systems Bofors 57 Mk3 57mm sebagai persenjataan utama mereka dan dua mesingan .50 kaliber.

 

Kapal

 

Kapal kelas Potsdam dilengkapi dengan dek pendaratan helikopter yang boleh memuatkan pesawat saiz sederhana seperti Airbus H215.

 

Kapal kelas Sentinel dikhususkan untuk tugas MSRV bagi mengawasi perairan ekonomi serta kawasan pesisir kerana saiznya yang kompak.

 

Dahulunya ia merupakan kapal kelas Fearless tetapi telah dinaik taraf serta diubahsuai.

 

Hanya empat buah dinaik taraf manakala bakinya dilucutkan tauliah termasuk dua buah yang diberi kepada Tentera Laut Diraja Brunei.

 

Kapal
Salah satu rekaan kapal OPV 80 yang dibangunkan Fassmer.

 

Kapal sepanjang 55 meter itu mengekalkan persenjataan utama kelas Fearless iaitu meriam OTO Melara 76mm tunggal. 

 

Sebagai sebahagian daripada pengubahsuaian mereka, kelas Sentinel dipasang meriam Typhoon 25mm pada bahagian buritan dan mesingan 7.62mm pada bahagian sisi.- DagangNews.com